Menu

ANUGERAH PILIHAN RAKYAT GUARDIAN 2016 KEMBALI DENGAN UNDIAN SECARA ONLINE

13th May 2016 - PERADUAN, SEMASA
ANUGERAH PILIHAN RAKYAT GUARDIAN 2016 KEMBALI DENGAN UNDIAN SECARA ONLINE

guardian

Anugerah Pilihan Rakyat Guardian 2016 kembali lagi untuk kali ke-15 dengan lebih banyak ciri menarik. Sebagai rantaian peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, Guardian menampilkan platform yang lebih mantap untuk kemudahan pengguna mengundi jenama kesukaan mereka.

Picture 1

Tahun ini, sistem pengundian beralih kepada kaedah dalam talian. Tujuannya untuk memudahkan akses dan pengguna membuat penyertaan. Dengan belian sebanyak RM10 ke atas dalam satu resit sama ada di stor atau melalui e-stor, pelanggan hanya perlu melayari www.guardianpca.com.my dan akan layak mendapat satu penyertaan digital.

Picture 2

“Masyarakat kini telah beralih ke era digital dan zaman ini segala-galanya dilakukan di hujung jari. Untuk Anugerah Pilihan Rakyat ini, sebagai syarikat yang maju seiring dengan masyarakat, kami ingin memastikan pengguna menikmati tahap kemudahan yang sama dan tahap keterlibatan tanpa kerumitan,” jelas Cik Shirley New, Pengurus Kanan Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn. Bhd.

Picture 3

Demi memperkemaskan lagi peraduan tersebut, sistem pengundian akan dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan jantina, ini untuk memastikan kelancaran. Akan tetapi, untuk mendapatkan keputusan terbaik, pengundi mestilah melengkapkan sekurang-kurangnya satu medan kategori dan digalakkan menjawab kedua-dua set soalan supaya mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi hadiah-hadiah hebat yang disediakan.

Picture 4

“Ini merupakan suatu wadah yang amat berjaya bagi kami melibatkan diri dengan pengguna. Suasana pasaran masa kini dipacu oleh mereka yang tinggi minatnya, taat dan kuat menyokong jenama yang disukai. Menerusi Anugerah Pilihan Rakyat, mereka diberi peluang untuk memperteguh sokongan itu sambil membantu rakan niaga kami dan pemilik jenama memperkasa hubungan mereka dengan pengguna  agar tetap relevan dalam pasaran,” katanya lagi

Picture 5

Peraduan Anugerah Pilihan Rakyat 2016 bermula dari 28 April  hingga 25 Mei, 2016. Semua pengundian akan diselenggara dalam talian dan mereka yang mempunyai bilangan padanan tepat yang terbanyak dengan susunan jenama yang menang akan mendapat hadiah bulanan atau mingguan. Kedudukan seri akan diputuskan mengikut tarikh serahan iaitu penyertaan yang lebih awal akan dianggap pemenang. Sebagai tanda penghargaan, semua peserta yang menyertai peraduan akan menerima e-baucar bernilai RM10 selepas tamat peraduan, untuk digunakan membuat  belian e-stor.

Picture 6

Antara hadiah yang disediakan dalam Anugerah Pilihan Rakyat Guardian 2016:

1 x Hadiah Utama: RM1,000 Baucar Guardian sebulan  meliputi 12 bulan & Produk daripada semua jenama yang dicalonkan bernilai RM16,500

10 x Hadiah Pertama: RM300 Guardian Baucar sebulan  meliputi 12 bulan & Produk daripada semua jenama yang dicalonkan bernilai RM8,100

2 x Pemenang Mingguan: Produk daripada semua jenama yang dicalonkan bernilai M4,500

Peserta diingatkan supaya menyimpan resit untuk tujuan pengesahan pemenang dan penebusan hadiah.

Tahun ini terdapat 58 kategori sertaan dan hampir 250 produk, antaranya penjagaan rambut, penjagaan muka, penjagaan diri, kosmetik, kecantikan, kebersihan diri, penjagaan kesihatan, suplemen & ubat-ubatan, produk ibu dan anak serta konfeksioneri.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Pilihan Rakyat Guardian, sila layari www.guardian.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *