Menu

PERADUAN ‘TEKA TEKI TERKIAL’ DI ERA FM TAWAR HADIAH TUNAI RM 90,000

21st July 2016 - MUZIK, PERADUAN, SEMASA
PERADUAN ‘TEKA TEKI TERKIAL’ DI ERA FM TAWAR HADIAH TUNAI RM 90,000

post-tekatekiterkial2016

Stesen ERA fm tidak pernah jemu untuk menghidangkan sajian yang menarik buat pendengarnya. Salah satu inisiatif untuk memberi penghargaan kepada pendengar, ERA fm menyeru pendengar setianya untuk menyertai sebuah pertandingan yang diberi nama ‘Teka Teki Terkial ’ bermula 25 Julai sehingga 12 Ogos.

Penyampai ERA fm KL-1

Penyampai ERA fm KL

Permainan ringkas dan lucu ini akan dilaksanakan di ketiga-tiga cawangan stesen ERA fm termasuklah ERA fm Sabah dan ERA fm Sarawak. Lebih menarik, permainan teki ini akan menguji kepintaran pendengar untuk meneka sebuah teka teki yang merangkumi unsur lawak dikendalikan oleh JoHaRa.

Penyampai ERA fm Sabah

Penyampai ERA fm Sabah

Para pendengar akan diminta untuk mendengar isyarat pemanggil bagi cabaran Teka Teki Terkial. Penyampai radio yang bertugas pada waktu tersebut, akan memainkan snippet sebuah teka-teki yang diberikan oleh JoHaRa. Wang tunai bernilai RM 500 untuk setiap jawapan yang betul, dan jika jawapan yang diberikan salah, maka jumlah tersebut akan menjadi semakin berganda dan dibawa ke sesi seterusnya. Bagi menjadikan peraduan ini menjadi lebih seronok dan santai, JoHaRa akan melakukan beberapa gimik tambahan dalam segmen mereka. Sebagai contoh, JoHaRa akan meminta pendengar yang berjaya menembusi talian untuk menyediakan satu teka-teki kepada mereka sendiri.

Penyampai ERA fm Sarawak-2

Penyampai ERA fm Sarawak

Setiap hari, isyarat pemanggil bagi peraduan Teka Teki Terkial akan ke udara 4 kali sehari. Jadi, apa tunggu lagi! Ayuh jadilah salah seorang pemenang bagi peraduan Teka-Teki Terkial dan bawa pulang wang tunai yang lumayan dengan menghubungi talian ERA fm KL (0395433355), ERA fm Sabah (088486024), ERA fm Sarawak (082420961). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Teka Teki Terkial anjuran ERA fm, pendengar boleh layari laman sesawang ERA fm (Facebook, Twitter dan Instgaram) untuk rujukan anda.

Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *