Menu

ASTRO INTERNATIONAL INDIAN TRADE EXPO DAN DEEPAVALI KONDATTAM KEMBALI LAGI BUAT KALI KETIGA

14th July 2017 - Uncategorised
ASTRO INTERNATIONAL INDIAN TRADE EXPO DAN DEEPAVALI KONDATTAM  KEMBALI LAGI BUAT KALI KETIGA

Astro kembali membawakan International Indian Trade Expo dan Deepavali Kondattam buat kali ketiga berturut-turut pada 21 hingga 24 September 2017 ini bertempat di GM Klang Wholesale City dari 11 pagi sehingga 11 malam. Ekspo pada tahun ini lebih tertumpu kepada pembangunan budaya dan hubungan komersial antara peserta pameran dengan para pengunjung.

Dengan lebih 100 buah gerai oleh vendor tempatan dan antarabangsa, pelbagai jenis pakaian tradisional India, manisan dan makanan tradisional, cenderamata, pakej percutian, tawaran telekomunikasi dan macam-macam lagi menanti pengunjung.

Dr. Rajamani Chellamuthu, Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Pelanggan India berkata โ€œRentetan daripada maklum balas positif yang kami terima daripada penganjuran expo terdahulu, kami memutuskan untuk menambah satu lagi hari menjadikannya 4 hari penganjuran expo berbanding tiga hari sebelum ini. Tahun lalu kami menerima kira-kira 240,000 orang pengunjung, tahun ini kami menjangkakan jumlah tersebut akan meningkatโ€.

โ€œExpo ini merupakan satu platform yang terbaik buat para peniaga tempatan dan antarabangsa untuk memperluaskan produk jualan mereka. Selain itu, kami juga menawarkan promosi intensif menerusi promosi atas talian, di kaca televisyen, radio dan sebagainya,โ€ tambah beliau lagi.

Terdapat 2 jenis gerai yang ditawarkan buat para peniaga dengan harga di antara RM5,000 hingga RM20,000.

Antara aktiviti menarik yang bakal dijalankan termasuklah pertunjukkan fesyen, permainan meniru aksi, sesi karaoke dan juga sebuah konsert mini yang menampilkan barisan selebriti serta penyampai radio THR Raaga.

Pengunjung berpeluang membawa pulang hadiah lumayan seperti tiket penerbangan, televisyen berdefinisi tinggi 40 inci, PlayStation 4 Slim dan pelbagai lagi dengan menyertai pertandingan membuat murukku dan pertandingan mencari harta karun anjuran Astro Circle. Selain itu, pengunjung yang berminat boleh berkunjung ke gerai Astro Circle bagi sesi bertemu peminat bersama selebriti tempatan popular, cabutan bertuah dan penebusan mata ganjaran Astro.

Untuk maklumat lanjut mengenai International Indian Trade Expo dan Deepavali Kondattam, layari laman sesawang www.astroulagam.com atau di ย www.facebook.com/AstroUlagam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *