Menu

GUARDIAN MALAYSIA SAMBUT ULANG TAHUN KE-50 DENGAN FOKUS UNTUK KEKAL SEBAGAI PENERAJU PASARAN

15th July 2017 - SEMASA
GUARDIAN MALAYSIA SAMBUT ULANG TAHUN KE-50 DENGAN FOKUS UNTUK KEKAL SEBAGAI PENERAJU PASARAN

Meraikan ulang tahunnya yang ke-50 tahun ini, dengan persaingan hebat daripada saluran-saluran baru dan lama, Guardian Malaysia berkata syarikatnya telah membuat pelbagai perancangan untuk mengekalkan posisinya sebagai peneraju pasaran.

Mr. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) telah menggariskan rancangan-rancangan tersebut di dalam sebuah sidang media yang berlangsung hari ini di The Weld, lokasi dimana sejarah Guardian bermula.

Beliau berkata: “Dengan mengambil kira kepantasan inovasi teknologi yang mengganggu tabiat penggunaan, persaingan sengit daripada saluran-saluran baru dan lama, keutamaan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah dan tawaran yang terbaik.”

“Ini mungkin melibatkan pelbagai kajian untuk lebih memahami gaya hidup dan keperluan pelanggan dengan lebih baik. Ia turut melibatkan program latihan BFF (BEST FRIEND FOREVER) dimana kami akan menghantar pekerja kami yang bekerja di Pejabat Sokongan Stor (Store Support Office) untuk bekerja di stor-stor kami selama tiga hari, dan merasai sendiri pengalaman bekerja di stor agar mereka memahami cara-cara untuk melayan pelanggan dengan lebih baik.”

“Dan untuk mempelajari cara yang berkesan untuk membantu pelanggan berbelanja dengan lebih baik, apabila mereka berkunjung ke Guardian,” tambah beliau.

Beliau turut berkongsi bahawa melalui kajian, “kami telah mengenal pasti beberapa kategori produk seperti kesihatan, solekan dan penjagaan rambut adalah penting bagi pelanggan, dan kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menawarkan lebih banyak produk yang relevan kepada mereka.”

Menggambarkan perjalanan 50 tahun di Malaysia sebagai menarik dan berwarna-warni dan dipenuhi pelbagai peristiwa penting, namun, jelas Mr Lauridsen, satu perkara masih kekal sehingga kini.

“Ini adalah komitmen kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang positif kepada para pelanggan setiap kali mereka berkunjung ke Guardian, menerusi pelbagai pilihan dan tawaran hebat pada harga yang kompetitif.

“Nilai-nilai yang telah memberi ilham kepada penubuhan stor pertama bersaiz 200 kaki persegi ini, kekal sebagai teras jenama kami hari ini.”

Beliau berkata pendapatan Guardian Malaysia telah meningkat sejajar dengan pertumbuhan KDNK negara, dan sejak 2016, secara konsisten ia telah menerima purata tiga juta pelanggan setiap bulan.

“Kami menyediakan pekerjaan kepada 3,300 rakyat Malaysia, dan kami berbangga bahawa operasi dan pelaburan kami dalam perniagaan ini telah menjana ekonomi sampingan yang penting kepada pengilang, pengimport dan pelbagai penyedia perkhidmatan – kecil dan besar.”

Walau bagaimanapun, menjejak usia 50 tahun, adalah penting untuk kami menyoal diri sendiri, ke mana hala tuju kami selepas ini?

“Matlamat utama kami adalah untuk menjadi sahabat kepada para pelanggan kami, dan untuk memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat baik, seorang yang dicari untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan kekal sebagai peruncit pilihan ramai,” tambah beliau.

“Usaha kami adalah untuk benar-benar memahami keperluan dan kehendak para pelanggan, seperti seorang kawan baik,” tambah beliau lagi.

Bersempena sambutan ini, Guardian mengadakan sebuah promosi ulang tahun, dengan kerjasama bersama Petron, Jotun, Makeover Guys dan Kuvings, dimana pelanggan berpeluang untuk memenangi pakej hias semula kediaman.

“Kami memilih untuk menawarkan pakej hias semula kerana kami berpendapat bahawa ia adalah hadiah terbaik yang para pelanggan kami inginkan sebagai hadiah. Lebih-lebih lagi, hias semula kediaman bukan hanya memberi manfaat kepada seorang pelanggan tetapi kepada seisi keluarga.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu berbelanja sebanyak RM10 dan ke atas di dalam satu resit di mana-mana cawangan Guardian, isikan maklumat peribadi, dan jawab tiga soalan mudah. Atau, isi petrol RON 95, RON 97 or RON 100 minimum RM10 di Petron dengan Kad Miles Privilege Petron yang sah.

Berikutan sidang akhbar tersebut, Mr Lauridsen telah melancarkan semula Guardian Weld, yang kini merupakan sebuah ruang perniagaan berkeluasan 1,652 kaki persegi, yang berwajah baru, selaras dengan penjenamaan semula Guardian.

Beliau disertai Mr. Ricky Soon, Pengarah Hartanah dan Projek, Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran, Mr. Nicholas Chiew, Pengurus Kawasan dan Cik Nur Syazira bt Shafiee, Pengurus Stor Guardian Weld.

Bagi Guardian Malaysia, ulang tahun turut diraikan secara tradisinya menerusi sumbangan semula kepada komuniti, menerusi Projek Amal Ulang Tahun. Tahun ini, tradisi tersebut diteruskan dengan membantu menghias semula 10 buah rumah kebajikan, termasuk tujuh rumah anak-anak yatim di seluruh negara,

Projek tersebut, yang bakal siap dalam tempoh enam bulan, dijangka membantu meningkatkan persekitaran hidup sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak yang tinggal di rumah-rumah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *