Menu

FOTO: SEKITAR SIDANG MEDIA FILEM “BABY DRIVER” BERSAMA ANSEL ELGORT, LILY JAMES & EDGAR WRIGHT

17th July 2017 - FILEM, MUZIK
FOTO: SEKITAR SIDANG MEDIA FILEM “BABY DRIVER” BERSAMA ANSEL ELGORT, LILY JAMES & EDGAR WRIGHT

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba! Pagi ini berlangsunglah sidang media filem Baby Driver bersama pengarah/ penulis skrip, Edgar Wright dan dua pelakon utama, Ansel Elgort (Baby) dan Lily James (Debora) di Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Apa yang unik tentang filem ini adalah penggunaan lagu-lagu sebagai teras dalam pembikinan filem ini. Setiap babak filem setiap aksi pelakonnya dipadankan mengikut rentak dan irama lagu-lagu. Ia agak sama dengan muzikal tetapi pelakon-pelakonnya tidaklah menyanyikan lagu-lagu atau menari.

Filem Baby Driver mengisahkan seorang pemuda bernama Baby yang mempunyai kebolehan memandu yang luarbiasa dipaksa untuk bekerja dengan seorang ketua penjenayah. Dia kemudian mendapati dirinya telah terlibat dalam satu siri rompakan yang mengancam hidup, cinta dan kebebasannya.

Kepada para peminat Ansel Elgort, Lily James dan Edgar Wright, jangan lupa datang beramai-ramai ke majlis permaidani merah dan gala di Pavilion Kuala Lumpur petang ini. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti update terkini di https://www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia/

Bahasa: Inggeris
Tarikh Mula Tayangan: 20 Julai 2017
Genre: Aksi / Komedi / Jenayah
Edaran: Sony Pictures Entertainment
Lakonan: Ansel Elgort, Lily James, Jamie Foxx, Jon Hamm, Kevin Spacey, Eiza Gonzรกlez
Arahan: Edgar Wright

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *