Menu

HWANG JUNG-MIN, SO JI-SUB & SONG JOONG-KI BAKAL KE MALAYSIA 9 OGOS UNTUK PROMOSI FILEM “THE BATTLESHIP ISLAND”

24th July 2017 - FILEM
HWANG JUNG-MIN, SO JI-SUB & SONG JOONG-KI BAKAL KE MALAYSIA 9 OGOS UNTUK PROMOSI FILEM “THE BATTLESHIP ISLAND”

CJ Entertainment, Clover Films dan GSC Movies telah mengumumkan secara rasmi jelajah promosi filem THE BATTLESHIP ISLAND (THE BATTLESHIP ISLAND Malaysia Star Tour) bakal ke Malaysia pada 9 Ogos ini.

Filem perang blockbuster Korea ini dibawakan oleh tvN Movies, saluran filem blockbuster Korea yang pertama dan tunggal di dunia. Jelajah promosi ini akan dihadiri oleh pengarah filem Ryoo Seung-wan, bersama tiga bintang filem tersebut iaitu Hwang Jung-min, So Ji-sub dan Song Joong-ki.

THE BATTLESHIP ISLAND mengisahkan perjuangan tiga wira yang cuba melepaskan diri daripada kem buruh kerahan semasa zaman koloni Jepun.

Untuk maklumat lanjut tentang THE BATTLESHIP ISLAND Malaysia Star Tour, sila ikuti https://www.facebook.com/gscmovies/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *