Menu

JAY PARK SERTAI DAVID FOSTER DAN ANGGUN SEBAGAI JURI ASIA’S GOT TALENT MUSIM 2

28th July 2017 - PENTAS/TV
JAY PARK SERTAI DAVID FOSTER DAN ANGGUN SEBAGAI JURI ASIA’S GOT TALENT MUSIM 2

Wow! Para peminat superstar Korea, Jay Park pasti teruja dengan pengumuman AXN di mana Jay Park bakal menyertai barisan juri program mencari bakat Asia’s Got Talent Musim 2.

Jay, bersama penerbit muzik, David Foster dan penyanyi sensasi Anggun bakal diberi tanggung jawab untuk menapis ratusan peserta daripada 17 negara di rantau Asia dalam program tersebut.

Siri ini yang telah memecahkan rekod rating dalam rancangan hiburan TV berbahasa Inggeris musim 1 padatahun 2015 bakal kembali menemui penonton di bulan Oktober di saluran AXN. Sepuluh episod yang bakal disiarkan akan menampilkan 5 ujibakat bersama juri, tiga separuh akhir, acara kemuncak and pengumuman keputusan di mana peserta-peserta berbakat akan bertanding untuk hadiah utama bernilai  USD100,000.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.AXN-Asia.com/AsiasGotTalent

atau ikuti # berikut di laman media sosial.

@AsiasGotTalent / #AXNAsia / #AsiasGotTalent / #AsiasGotTalentAuditions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *