Menu

HISTORY CON 2017 BAKAL BERLANGSUNG DI MAEPS, SELANGOR 4-6 OGOS INI

31st July 2017 - PENTAS/TV, SEMASA
HISTORY CON 2017 BAKAL BERLANGSUNG DI MAEPS, SELANGOR 4-6 OGOS INI

A+E Networks Asia bakal membawakan HISTORY Con 2017 ke Malaysia. Konvensyen hiburan berskala mega ini bakal dilangsungkan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 4 sehingga 6 Ogos.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan selebriti dari rancangan kegemaran anda, dan mengalami aktiviti interaktif yang boleh dinikmati oleh sekeluarga.

ANTARA TARIKAN-TARIKAN YANG BAKAL MENANTI ANDA ADALAH…

PERSEMBAHAN KERETA RALLY OLEH KARAMJIT
Kaki lumba kereta jangan terlepas rpeluang untuk menyertai persembahan ini! Legenda kereta rally Malaysia Karamjit Singh akan memilih penonton yang berani untuk menjadi penumpangnya dalam prestasi stunt rally kereta. Adakah anda berani mencuba?
Setiap hari satu sesi selama satu jam (dari 11 pagi – 6 petang)

MOTORCADE MOTOSIKAL BERSAMA JAIME DEMPSEY
Jaime Dempsey terkenal dengan kembara bermotor ke tempat pendalaman menjelajah Malaysia dan Filipina dalam Ride N’ Seek HISTORY. Inilah peluang untuk anda menyertai Jaime dan geng motor Malaysia meronda kawasan MAEPS.
Dua sesi sehari pada Sabtu dan Ahad

PERJALANAN FOTOGRAFI BERSAMA JUSTIN MOTT
Jurugambar pro dan juri Photo Face-Off, Justin Mott, akan membawa sekumpulan kecil pengemar fotografi dalam satu perjalanan foto eksklusif di History Con. Tingkatkan kemahiran fotografi anda dengan tip professional dari Justin tentang cara penggunaan kamera, komposisi, pencahayaan dan banyak lagi!

Satu sesi pada Jumaat dan dua sesi sehari pada Sabtu dan Ahad; setiap sesi selama satu jam merangkumi setengah jam tutorial diikuti dengan sesi fotografi ke kawasan tropikal sekeliling MAEPS selama setengah jam. Pengangkutan akan disediakan; peserta mesti membawa kamera masing-masing.

PERADUAN TRAK MAKANAN
Nikmati pelbagai citarasa lazat antarabangsa dan tempatan dari penjual mesra kami, selepas itu undi yang mana satu kegemaran anda! 12-15 buah trak makanan dengan pelbagai hidangan

O-BIKE – RAKAN PENGANGKUTAN
Perkhidmatan perkongsian motor O-Bikes memudahkan pergerakan dalam kawasan MAEPS. Anda hanya perlu muat turun aplikasi untuk menggunakan basikal yang ada di tempat pakir dan dewan HISTORY Con secara percuma.

PANDU UJI
Pandu uji kereta keluaran terbaharu dan model terkini, dari Isuzu, Kia dan banyak lagi di HISTORY Con!

AKTIVITI DALAMAN

ZON KERETA
SENI CAT SEMBUR BERSAMA “HORNY” MIKE
Dapatkan pengalaman seni cat sembur kereta secara langsung bersama pakar “Horny” Mike Henry dari Counting Cars dan juga Jaz Wong, pakar seni cat sembur dari Malaysia. Mereka berdua akan menunjukkan tip dan teknik kemahiran seni cat sembur kereta.
Dua sesi SECARA LANGSUNG pada Sabtu dan Ahad

PAMERAN KERETA KLASIK
Jangan terlepas pameran eksklusif 12 kereta klasik cantik – hanya di History Con Malaysia!

CELEBRITY CAR WARS
Dapatkan pengalaman pratonton yang menakjubkan salah satu cabaran paling menyeronokkan dalam musim baru Celebrity Car Wars! Pengalaman VR ini akan membawa anda ke kancah aksi pertandingan bolasepak kereta yang rancak dan mengempakkan. Selepas itu, uji kemahiran anda dalam bolasepak kereta dengan permainan bolasepak kereta kawalan jauh kami – Cabar kawan dan keluarga anda dan lihat siapa jadi juara! Jangan ketinggalan penampilan khas Harith Iskander yang akan mewakili Malaysia dalam Celebrity Car Wars S2!

RIDE N’ SEEK BERSAMA JAIME DEMPSEY
Alami pengembaraan menarik bersama Jaime – menyusuri pengalaman beliau di gerai foto interaktif dan pameran motor, serta ambil bahagian dalam aktiviti pentas untuk peluang menunggang motor beliau.

ZON PERMAINAN
PERTANDINGAN KELAYAKAN KEDUA FIFA17 BORNEO E-ARENA
Sempena HISTORY Con 2017, Gamesbond membawakan salah satu pertandingan FIFA17 terbesar ke Malaysia, dengan hadiah bernilai lebih dari RM30,000! Selain dari hadiah menarik, para pemain juga akan merebut 6 tempat untuk layak ke pertandingan e-sukan Borneo E-Arena berprestij di Kota Kinabalu, Sabah, pada September 17, termasuk tajaan penuhnya tiket penerbangan dan penginapan.

Pertandingan sengit akan dilangsungkan sepanjang tiga hari di HISTORYCon dengan pemain antarabangsa berentap dengan pemain terbaik tempatan dalam peringkat permulaan secara timbal balik, diikuti dengan pusingan kalah mati yang menggemparkan.

Peserta HISTORY Con akan berpeluang menonton perlawanan akhir secara langsung di atas pentas!

JUST DANCE 2017
HISTORY Con 2017 dengan kerjasama Gamesbond, membawa kepada anda pengalaman Just Dance 17, satu permainan interaktif menyeronokkan di mana setiap pemain perlu mengikuti rutin penari di atas skrin dan mendapat mata berdasarkan kecekapan mereka. Tonjolkan kemahiran menari anda dan bertanding dengan keluarga anda,kawan-kawan serta peserta lain. Bukan itu sahaja – peserta yang mendapat markah tertinggi dalam setiap peringkat akan menangi hadiah misteri!

BOLEHKAH ANDA HIDUP DALAM HUTAN BELANTARA- BERSENDIRIAN?
Alami hutan belantara di hutan belantara MAEPS dengan ALONE VR – suatu pengalaman 360 penuh yang memaparkan keadaan sebenar jika anda bersendirian dalam hutan dan menghadapi pelbagai keadaan bahaya.

BILIK MINI ESCAPE
Uji kepintaran anda dalam Bilik Mini Escape dan cuba selesaikan teka-teki dalam masa yang ditetapkan!

PERMAINAN KASTIL BELON GERGASI
Kastil belon bukan hanya untuk kanak-kanak! Permainan ini akan menguji kekuatan dan keseimbangan orang dewasa dan kanak-kanak.

ZON SEJARAH MALAYSIA
DINOSAUR BERSAIZ SEBENAR
Pameran OWG dinasour bersaiz sebenar yang mengkagumkan akan memberikan satu pengalaman unik ketika dinosaur menghuni dunia. Kanak-kanak pasti mengemarinya.

PAMERAN INTERAKTIF MUSIUM NEGARA
Cuba mendalami sejarah Malaysia dengan pameran menarik dari Muzium Negara seperti berikut:
• Replika Perak Man dengan tapak ekskavasi ahli arkeologi muda
• Peralatan dari zaman Neolitik dan Logam
• Pameran dinosaur, fosil dan kajian fosil
• Empayar Melaka, pameran Orang Asli dan kraftangan.

POS MALAYSIA
Ingin memaparkan muka anda di stem? Inilah masanya, dengan aktiviti Setemku POS Malaysia! Anda juga boleh melihat bagaimana telah sekian lama setem telah mengabadikan acara bersejarah dan ikon budaya dan juga pameran basikal Pos yang digunakan pada masa lalu.

ZON SUKAN
PERTANDINGAN BADMINTON
Kejohanan Badminton HISTORY Con yang julung kali diadakan! Tonton beberapa aksi beregu hebat serta sesi bersama lagenda Juara Malaysia, Hafiz Hashim dan Cheah Soon Kit. Gelanggang dibuka secara percuma pada hari Jumaat
Pertandingan berlangsung sepanjang hari pada Sabtu dan Ahad
2 sesi sehari bersama Lagenda pada Sabtu dan Ahad

KEMENTERIAN BELIA & SUKAN
Aktiviti menarik bakal berlangsung!

ZON LIFETIME
MASTERCHEF AUSTRALIA TIBA DI MALAYSIA!
Belajar dari yang terbaik dan digemari ramai, Juri MasterChef Australia, Matt Preston! Tontoni apabila beliau akan memasak hidangan pengenalannya yang ringkas dan enak di HISTORY Con.
Dua kali sehari pada Sabtu dan Ahad
Selain itu, Matt akan menyediakan 8 hidangan untuk pemegang tiket VIP pada malam Jumaat. Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup untuk nikmati hidangan istimewa yang disediakan oleh air tangan Juri MasterChef Australia!

SESI MEMASAK BERSAMA JASBIR KAUR
Jasbir Kaur, finalis MasterChef Asia yang diminati ramai , kini seorang katerer professional yang berjaya, akan berkongsi tip dan kemahiran beliau membuat roti dan menjalani kelas masakan. Anda juga boleh menyertai jejak makanan eksklusif beliau di beberapa gerai makanan dan penjual di seluruh kawasan pameran.
1 sesi memasak pada petang Jumaat, 2 kali sehari pada Sabtu dan Ahad.
Kelas masakan di gerai MasterChef – 2 kali sehari pada Sabtu dan Ahad.

FILEM ORIGINAL LIFETIME – WAYANG BISU
Bersantai di gerai wayang bisu pertama Lifetime! Anda akan menerima sepasang fon kepala tanpa wayar demi menikmati keseronokan Filem Original Lifetime!

OPEN ROAD – GERAI FOTO GRAFITI CAHAYA
Selamat datang ke Fempire, Malaysia. Dengan bidai kamera kelajuan perlahan dan cahaya rendah yang unik, foto booth ini membolehkan anda berkongsi pesanan yang menakjubkan dengan “graffiti cahaya terulung” anda sendiri. Serlahkan kreativiti anda! Cetakan gambar secara percuma kepada semua peserta acara

TARIKAN LAIN
BERMESRA BERSAMASELEBRITI
Jangan lepaskan peluang bertemu selebriti kegemaran anda dalam sesi ramah mesra pada hujung minggu.

ANUGERAH HISTORY
Di Negaraku, HISTORY mengimbas kembali 10 rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan terbesar kepada negara. Siapa yang akan menjadi Pencipta Sejarah di Malaysia? Ketahuinya di HISTORY Con!

KAMPUNG VIKINGS
Hayati Vikings, drama popular HISTORY, apabila anda melangkah ke dalam replika perkampungan Viking kami. Anda dapat melihat pakaian yang dipakai oleh Ragnar dan Lagertha, props dari rancangan tersebut serta model kapal Viking yang dibuat dari LEGO!

PERSEMBAHAN MUZIK
HISTORY Con membawa kepada anda artis indie terbaik dan terkenal di Malaysia dalam persembahan akustik eksklusif secara langsung di pentas.
Nantikan penampilan tetamu istimewa Aizat Amdan dan Elizabeth Tan.

PERTANDINGAN COSPLAY
Anda peminati cosplay? Datang ke History Con pada Ahad 6 Ogos dengan memakai pakaian watak kegemaran anda dan masuk secara percuma! Pastikan anda berpakaian paling hebat dan anda mungkin memenangi hadiah menarik!

Untuk maklumat lanjut, sila layari historyasia.com/historycon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *