Menu

KISAH MASYARAKAT: KAK MAZNI INSPIRASI MENYAYANGI KUCING TERBIAR

1st August 2017 - SEMASA
KISAH MASYARAKAT: KAK MAZNI INSPIRASI MENYAYANGI KUCING TERBIAR

Anda pasti akan ternampak wanita pertengahan umur ini sibuk menguruskan kucing-kucing jika anda mengunjungi pusat penempatan haiwan SPCA (Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan) yang terletak di Jalan Kerja Air Lama, Ampang.

Mazni binti Chepee atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Mazni telah berkerja sebagai penjaga kucing di pusat ini sejak 23 tahun yang lalu. Tugasnya bukanlah mudah kerana dia bertanggung jawab untuk menguruskan keperluan asas seperti makanan dan perlindungan untuk ratusan kucing di pusat tersebut sementara menunggu penempatan semula. Dia memastikan makan-minum kucing-kucing tersebut terjaga, di samping membersihkan sangkar-sangkar bebas dari najis dan kotoran agar tidak merebaknya penyakit.

Walaupun menjaga kucing-kucing tersebut adalah tugasnya, sifat Kak Mazni yang penyayang terserlah kerana kucing-kucing jagaannya gemar duduk di atas pangkuannya. Setiap satunya dibelai dengan mesra, tanpa memilih kasih.

Kebanyakan kucing-kucing yang ditempatkan di SPCA adalah kucing yang dibuang atau tidak dikehendaki. Mereka diselamatkan dan ditempatkan buat sementara. Dalam masa yang sama juga SPCA membantu mencari rumah baru untuk memastikan keterusan hidup haiwan berkenaan.

Jika anda ingin memelihara kucing, apa kata anda adopt sahaja daripada SPCA?

Kak Mazni sedia untuk membantu kerana tiada apa yang lebih menggembirakan dirinya apabila kucing-kucing di bawah jagaannya mendapat kasih sayang tuan yang baru.

Para pemilik juga digalakkan untuk mengembirikan kucing-kucing mereka sebagai satu proses yang bermanusiawi (humane) dan efektif bagi mengawal populasi pembiakan agar mereka tidak terbiar di jalanan.

Foto ihsan: Mahira Muliotoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *