Menu

ALTIMET & KAWAN BAND RAKAM PENGALAMAN “KELILING DUNIA” DALAM SINGLE TERBARU

11th August 2017 - MUZIK
ALTIMET & KAWAN BAND RAKAM PENGALAMAN “KELILING DUNIA” DALAM SINGLE TERBARU

dsc_0024

Menyusuli kejayaan besar Altimet dalam single sebelum ini, “Amboi”, single terbaru yang berjudul “Keliling Dunia” yang sebahagian besar diinspirasikan semasa jelajah 2016 beliau ke Eropah dan USA untuk South by Southwest (SXSW).

“Keliling Dunia” mendapat sentuhan komposisi oleh Navin D’Navigator dan lirik ditulis oleh Altimet sendiri. Lagu yang berentak rancak dan ‘jazzy’ dirakamkan secara langsung bersama alat-alat muzik yang dimainkan oleh ahli-ahli kumpulan The Kawan Band.

“Kami (Altimet & The Kawan Band) banyak menjelajah di peringkat antarabangsa, maka kami mencapai kata sepakat untuk menghasilkan sebuah lagu yang menggabungkan genre hip-hop dengan alat-alat muzik ‘live’. Setelah bertungkus-lumus bersama semua ahli The Kawan Band di studio, “Keliling Dunia” adalah hasil sulung dari eksperimen ini”. – Altimet

“Keliling Dunia” boleh didapati di iTunes dan semua platform digital yang lain. Tontoni muzik video rasmi di laman sesawang Altimet di http://altimet.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *