Menu

ESCAPE ROOM BERTEMAKAN SIRI-SIRI POPULAR “WARNER TV” MENCABAR MINDA

5th October 2017 - PENTAS/TV, SEMASA
ESCAPE ROOM BERTEMAKAN SIRI-SIRI POPULAR “WARNER TV” MENCABAR MINDA

Berdasarkan idea “escape room”, Warner TV (Astro CH 719 dan Hypp TV CH 613) dan Astro bergabung menganjurkan Warner TV Escape Room Challenge yang pertama di Malaysia selama 4 hari (5 hingga 8 Oktober) di Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid.

Cabaran Bilik Escape yang dibawa khas kepada peminat oleh Warner TV terbuka kepada orang ramai dengan PERCUMA. Para peminat hanya perlu hadir dalam kumpulan 4 atau kurang dan mendaftar untuk menyertai.

Peserta diberikan 5 minit untuk keluar dari setiap ‘escape room’ dengan menyelesaikan campuran tugas dan teka-teki yang sukar difahami. Setiap bilik akan bertemakan siri kegemaran peminat Warner TV seperti The Big Bang Theory, Gotham, Lethal Weapon, Blindspot, Arrow & DC’s Legends of Tomorrow. Kumpulan yang gagal menyelesaikan tugasan akan dibatalkan dan tidak dibenarkan melanjutkan cabaran ke bilik seterusnya.

Para peserta yang berjaya menghabiskan keenam bilik akan menerima hadiah-hadiah yang menarik daripada Warner TV. Jangan lupa hashtag #WarnerTVAsia dan #EscapeRoomMY serta tag @WarnerTVAsia di Facebook.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/WarnerTVAsia/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *