Menu

PINK, KOLEKSI AKSESORI PERIBADI ROYAL SELANGOR UNTUK WANITA

6th October 2017 - PRODUK BARU, SEMASA
PINK, KOLEKSI AKSESORI PERIBADI ROYAL SELANGOR UNTUK WANITA

Kecantikan seseorang wanita dikait dengan kekuatan dan keberanian apabila dia menghadapi dugaan. Dengan konsep ini dalam minda, Royal Selangor memperkenalkan Pink, koleksi aksesori peribadi untuk wanita.

Sejak pelancarannya pada 2014, Royal Selangor telah menyumbang lebih daripada RM65,000, hasil daripada jualan koleksi Pink kepada Persatuan Kebajikan Barah Payu Dara Malaysia (BCWA).

“Royal Selangor telah berkerjasama dengan BCWA sejak 2006 untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran tentang barah payu dara dengan produk seperti Jelly Mould dan juga aktiviti seperti Bengkel Membuat Jeli dan projek Instagram #RSpinkchallenge. Sokongan yang diterima untuk koleksi Pink yang dilancarkan pada 2014, amat menggalakkan dan kami berharap dapat terus mengumpul dana untuk BCWA melalui jualan koleksi ini”, kata Yong Yoon Li, Pengarah Eksekutif Royal Selangor International.

Koleksi ini menyerlah dengan permukaan pewter yang halus berkilat dan pelbagai kristal yang mempesonakan daripada SWAROVSKI® ELEMENTS. Warna-warna kristal yang terdiri daripada warna putih telus kepada warna merah jambu cair dan gelap, telah digunakan untuk menghasil reka bentuk yang mempesonakan.

Rupa bentuk koleksi edisi terhad daripada Pink  dilhamkan daripada kulit kerang, simbol umum kelahiran semula. Loket pewter yang bersaiz besar dan rantai kekunci menyerupai bentuk siput piring, manakala loket yang bersaiz kecil diilhamkan daripada bentuk siput sudu.

“Sejak 2006, sokongan Royal Selangor telah membantu usaha BCWA dalam mengurangkan risiko wanita terkorban pada usia yang muda disebabkan barah payu dara melalui perkhidmatan pengesanan awal yang disediakan untuk komuniti. Pada masa yang sama, BCWA terus memperbaiki kualiti hidup wanita yang mengalami barah payu dara melalui perkhidmatan sokongan psikososial dan aktiviti kemandirian. Kami mengharapkan sokongan sosial korporat ini akan berterusan daripada Royal Selangor,” kata Ranjit Kaur, Presiden BCWA.

Pink boleh didapati di kedai Royal Selangor dan royalselangor.com.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *