Menu

ULASAN FILEM: CHASING THE DRAGON – KOMBINASI HEBAT DUA PELAKON LEGENDA HONG KONG

6th October 2017 - FILEM
ULASAN FILEM: CHASING THE DRAGON – KOMBINASI HEBAT DUA PELAKON LEGENDA HONG KONG

Filem ini mengimbau nostalgia filem-filem gangster yang ditayangkan pada zaman pertengahan 80-an dan awal 90-an. Mungkin ini adalah disebabkan oleh pengarahnya, Wong Jing yang amat profilik dan berpengaruh di masa tersebut.

Atau mungkin kerana Andy Lau melakonkan lagi watak pegawai polis Lee Rock yang pernah dijiwainya di tahun 1991? Atau mungkin ramai pelakon-pelakon veteran seperti Kent Cheng, Felix Wong dan Kent Tong yang membuat penampilan dalam filem ini? Adalah ia kerana prop dan latarbelakang filem ini yang sangat terperinci?

Walaupun apapun, Chasing the Dragon adalah sebuah filem klasik kongsi gelap Hong Kong yang sukar dilupakan.

Chasing The Dragon atau mengejar naga, dalam bahasa slanga bermakna menghisap ganja. Dengan tajuk sedemikan, tema filem ini adalah berkisar tentang industri dadah dan bagaimana raja dadah Ng Sek Ho, atau lebih dikenali sebagai Crippled Ho yang dilakonkan dengan berkesan oleh Donnie Yen.

Filem ini menjejak kisah hidup Cripple Ho dari seorang imigran yang miskin dari China menjadi seorang raja dadah yang paling berpengaruh di dunia dan bagaimana dia berkerjasama dengan polis Hong Kong yang terkenal dengan rasuah di zaman tersebut.

Lakonan Andy Lau memang tidak boleh disangkal. Selepas 25 tahun melakonkan watak ikonik Lee Rock, Andy masih “rock” dalam lakonannya! Kombinasi Lee Rock yang cool dengan Cripple Ho yang panas-baran memang menyengat!

Jangan ketinggalan unutk menonton filem hebat ini dan mengimbau nostalgia Bersama Andy Lau dan Donnie Yen.
RATING: 3.5/5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *