Menu

KEDAI DAN RESTORAN BERTEMAKAN ULTRAMAN PERTAMA DI DUNIA DIBUKA DI MALAYSIA

9th October 2017 - FILEM, PENTAS/TV, PRODUK BARU, SELERA
KEDAI DAN RESTORAN BERTEMAKAN ULTRAMAN PERTAMA DI DUNIA DIBUKA DI MALAYSIA

Para penggemar Ultraman pastinya teruja dengan pembukaan kedai dan restoran yang bertemakan adiwira dari angkasa lepas ini di Malaysia! Ya, ia adalah yang pertama di dunia!

Diberi nama Ultra Heroes Official Shop & Restaurant, kedai ini terletak di pusat membeli-belah Glo Damansara! Secara eksklusif dibawa kepada anda oleh Circle Corp dan Tsuburaya (Jepun), sebuah kedai 4000 kaki persegi yang boleh menampung sehingga 120 orang.

Syurga untuk pencinta Ultra Heroes – di sini anda boleh mencari bukan sahaja mainan dan keperluan untuk kanak-kanak, tetapi juga koleksi untuk orang dewasa.

Anda boleh memiliki lebih daripada 300 jenis produk Ultra Heroes dan juga 65 patung Ultra Heroes yang unik!

Antara barangan yang boleh didapati adalah kemeja-T, alatulis, cawan, topi dan banyak lagi.

Restoran menawarkan tempat yang “cool” untuk menikmati hidangan yang juga bertemakan Ultraheroes. Sesuai untuk semuaperingkat umur, menu yang ditawarkan melebihi 60 hidangan termasuk hidangan terpilih seperti “Ultraman Tiga Burger”

Setiap minggu, watak-watak Ultraman bakal membuat penampilan untuk bermesra dengan pengunjung-pengunjung.

Tunggu apa lagi? Jom kita keĀ Ultra Heroes Official Shop & Restaurant hari ini juga!

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman Facebook rasmiĀ https://www.facebook.com/UltraHeroesShop

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *