Menu

ZAROL ZARIF MUNCUL DENGAN SINGLE ‘BIDADARI’ DI BAWAH NAUNGAN DR. IRMA ENTERTAINMENT

12th October 2017 - MUZIK
ZAROL ZARIF MUNCUL DENGAN SINGLE ‘BIDADARI’ DI BAWAH NAUNGAN DR. IRMA ENTERTAINMENT

Mendapat tempat di hati peminat Malaysia, Singapura, Brunei dan indonesia semifinalis program realiti televisyen Akademi Fantasia 2016, Zarol Zarif kini kembali lebih matang dengan single terbarunya, ‘Bidadari’.

Single ‘BidadarI’ diinspirasikan oleh Dr. Irma dengan bait lirik dilakar oleh Dr. Irma sendiri. Sebuah karya indah yang melodinya dicipta oleh komposer Yama Watanabe dan susunan muzik mantap oleh Iswandy Atan, Bidadari merupakan sebuah lagu balada, yang menggambarkan rasa sayang dan cinta terhadap wanita agung dalam hidup seseorang. Kasih terhadap Ibu, anak perempuan atau isteri yang amat kuat.

Zarol Zarif yang popular di Smule, diangkat namanya di Akademi Fantasia 2016,dan setelah selesai program realiti tersebut, Zarol aktif menyanyi atas jemputan selain kerap memuat naik video nyanyian di akaun Instagram miliknya – @zarolzarif untuk terus mengetengahken bakat dan membuktikan versatilitinya.

Dia yang pertama kali berkolaborasi dengan Dr. Irma semasa Majtis Perasmian Produk Dr. Irma di Johor Bahru, kemudian kerap bekerjasama dengan Dr. Irma setelah yakin dengan produk kecantikan Dr, Irma yang berkualiti tinggi dan lain daripada apa yang ada di pasaran.

Memandangkan kerjasama antara Zarol dan Dr. Irma membuahkan hasil seperti peraduan parodi dan beberapa kempen menerusi produk kecantikan Dr. Irma, Zarol telah pun bersetuju untuk menjadi artis pertama yang benaung bawah syarikat pengurusan Dr. Irma Entertainment yang leblh dikenali sebagai D.I. Entertainment. Zarol Zarif kemudiannya dipilih oleh pihak penerbit lagu untuk membawakan lagu ‘Bidadari sebagai single setelah bekerjasama dengan Dr, Irma sejak lewat tahun lepas. Dr. Irma juga yakin akan bakat nyanyiannya yang besar dan patut diketengahkan.

Single Bidadari telah pun dilancarkan sejak 19 September 2017 menerusi piatform muzik terkemuka seperti iTunes, di mana pengguna dan para peminat boleh memuat turun singie ini pada harga RM2.90. la juga boleh didengarkan menerusi platform muzik utama seperti Apple Musicc dan Spotify.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *