Menu

TEMPAHAN DEWAN UNTUK PRATONTON “THE KID FROM THE BIG APPLE 2: BEFORE WE FORGET” DIBUKA

30th October 2017 - FILEM
TEMPAHAN DEWAN UNTUK PRATONTON “THE KID FROM THE BIG APPLE 2: BEFORE WE FORGET” DIBUKA

Berita baik kepada peminat yang merindui “The Kid from the Big Apple” yang diarahkan oleh Jess Teong dan dibintangi Ti Lung (Tommy Tam), Tan Qin Lin dan Jason Tan. GSC Movies kembali membawa sekuelnya “The Kid from the Big Apple 2: Before We Forget” yang akan memulakan tayangannya 16 November ini, dan kali ini ‘early birds’ dapat menontonnya terlebih dahulu dengan tawaran tempahan dewan pratonton.

Memandangkan minat dan permintaan yang tinggi dari orang ramai, “The Kid from the Big Apple 2: Before We Forget” akan memulakan kempen “Early Bird Hall Booking” dengan kerjasama Golden Screen Cinemas, TGV Cinemas dan mmCineplexes . Para pengunjung dapat menikmati filem menyentuh perasaan ini dengan orang yang disayangi, keluarga, sahabat, dan juga rakan sekerja pada hujung minggu sebelum pelancarannya di pawagam. Pemilihan dewan pratonton kini tersedia untuk tayangan dari 10 hingga 12 November, untuk tempahan korporat dan peribadi.

Pihak yang berminat boleh menghubungi pawagam masing-masing seperti berikut:
Golden Screen Cinemas – marketing@gsc.com.my / + 603-78068888
TGV Cinemas – elaine_wong@tgv.com.my & evan_teo@tgv.com.my / + 603-77263535 (ext 6025)
mmCineplexes – nafisya_hamzah@mmcineplexes.com / + 603-77270724.

“The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget” bersambung terus dari filem pertama, di mana Gen datuk penyayang bertemu dengan anak perempuan Sophia dan cucunya Sarah selepas beberapa tahun. Walau bagaimanapun, sesuatu yang luar biasa berlaku dan mengubah perjalanan hidup mereka. Tanpa mengira hasil kesudahannya, mereka menyimpulkan bahawa selama mereka tinggal bersama sebagai keluarga, mereka akhirnya dapat mengatasi segala kesulitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *