Menu

TONTON FILEM DI PAWAGAM GSC DAN DAPATKAN PELUANG UNTUK MEMENANGI NISSAN X-TRAIL!

30th October 2017 - FILEM, SEMASA
TONTON FILEM DI PAWAGAM GSC DAN DAPATKAN PELUANG UNTUK MEMENANGI NISSAN X-TRAIL!

 

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) telah melancarkan program sambutan kemuncak #GSC30 dengan peraduan ‘Ticket to Drive’.

Mulai sekarang sehingga 31 Disember 2017, Ahli GSC yang membeli tiket untuk menonton wayang di pawagam GSC berpeluang untuk memenangi sebuah pacuan 4 roda Nissan X-Trail dan banyak lagi hadiah-hadiah yang nilainya berjumlah sehingga RM350,000. Mereka hanya perlu membeli tiket melalui laman web, aplikasi mobile, atau kaunter tiket.

Penyertaan adalah mudah. Pelanggan yang membeli tiket melalui laman web GSC dan aplikasi mobile akan dimasukkan ke dalam peraduan secara automatik. Pelanggan yang membeli tiket dari kaunter atau kiosk perlu mendaftar sebagai ahli dan mengisi butiran dari keratan tikeet di laman web ticket2drive.gsc.com.my untuk melayakkan diri bagi menyertai peraduan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web GSC www.gsc.com.my atau ikuti laman Facebook GSC www.facebook.com/GSCinemas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *