Menu

JOTUN​ ​MEMPERKENALKAN​ ​TREND​ ​WARNA​ ​2018 -​ ​RHYTHM​ ​OF​ ​LIFE

3rd November 2017 - SEMASA
JOTUN​ ​MEMPERKENALKAN​ ​TREND​ ​WARNA​ ​2018 -​ ​RHYTHM​ ​OF​ ​LIFE

Pelancaran Trend Warna Global Jotun 2018 hari ini di Oval Concourse, Pusat Membeli-Belah 1 Utama, memperkenalkan tiga tema warna yang baru: ​CITY MOTIONS, ​SILENT SERENITY dan ​LUSH GARDEN.

Tema-tema ini direka khas untuk menggambarkan kepelbagaian pilihan gaya hiasan dalaman yang mencerminkan identiti unik penghuni kota di setiap bandaraya yang berjiwa global. Malaysia adalah pasaran pertama di Asia Tenggara yang mengalu-alukan kedatangan Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life. Ketiga-tiga tema warna ini dihasilkan melalui pelaburan masa dan kepakaran ahli-ahli Pasukan Warna Jotun dari Norway yang​ ​dipimpin​ ​Pengurus​ ​Warna​ ​Global​ ​Jotun,​ ​Lisbeth​ ​Larsen.

Trend Warna Global Jotun edisi 2018: Rhythm of Life, membawakan 3 irama yang berbeza bagi kediaman-kediaman kontemporari: ​CITY MOTIONS, ​SILENT SERENITY dan ​LUSH GARDEN. Ketiga-tiga irama berbeza ini mampu melengkapkan mood setiap tema dan mempamerkan keunikan warna dalam membentuk irama visual sesebuah bilik. Tema-tema unik ini juga memberikan inspirasi kepada pemilik rumah mahupun pereka ruang dalaman dari semua lapisan dan dari mana jua – tak kiralah jika mereka berjiwa​ ​“hipster”,​ ​“hippie”​ ​ataupun​ ​sebagainya.

Perubahan berlaku di dalam aliran hidup dan irama kehidupan setiap insan berubah mengikut apa yang telah dialami – irama yang mempengaruhi cara hidup kita, pilihan berbeza yang kita buat, dan cara kita melihat dunia dan diri kita sendiri. Warna-warna Rhythm of Life menyediakan palet padan suai yang amat bersesuaian dengan keperibadian anda. Dan, apabila gaya atau pilihan anda berubah mengikut masa, anda boleh memanfaatkan kuasa luar biasa warna bagi mengubah suasana sebuah bilik dan mewujudkan​ ​ruang​ ​yang​ ​paling​ ​sesuai​ ​sekali​ ​dengan​ ​nilai-nilai​ ​diri​ ​anda​ ​yang​ ​terkini.      

“Penyelidikan kami telah mengenal pasti tiga trend utama bagi penduduk-penduduk setiap bandaraya global: ​keinginan mengalami kuasa pemulihan alam semula jadi​; impian ketenangan serta kehidupan yang lebih perlahan danmenyenangkan​; dan keinginan untuk menjadikan bandaraya yang semakin padat berpenduduk sebagai ruang hidup gaya minimalis yang tetap kreatif​. Kami telah merancang kad warna kami sebagai alat untuk membantu setiap penghuni kota mengekspresikan semua ini di kediaman mereka – mencampurkan dan memadankan warna dengan cara yang terbaik bagi mencerminkan identiti dan irama kehidupan mereka sendiri,” kata Lisbeth​ ​Larsen,​ ​Pengurus​ ​Warna​ ​Global​ ​Jotun.  

Tema warna baru Jotun adalah cara yang baik untuk mendekati sifat peralihan yang dibawakan oleh rekabentuk dan warna berbeza. Tema-tema ini membolehkan anda membuat dan mempamerkan kecerahan, perasaan dan suasana yang berbeza untuk mencerminkan​ ​diri​ ​anda​ ​dengan​ ​lebih​ ​tepat.  

“Jotun berada di barisan hadapan inovasi produk dan warna, dan sentiasa berusaha untuk melepasi jangkaan dengan membawakan produk berkualiti tinggi dan warna yang tahan lama bagi bangunan ikonik pencakar langit dan juga untuk apa jua kediaman,” kata Pengarah Urusan Jotun Malaysia & Singapura, Eric Mallace pada hari ini.

Beliau juga berkata, “Sepanjang tahun, Lisbeth (Larsen) dan pasukannya di Norway memanfaatkan trend reka bentuk di bandar-bandar global, membaca laporan penyelidikan dari seluruh dunia dan melihat bagaimana gaya hidup kita berubah mengejar peredaran zaman; semua ini dilakukan supaya kami dapat meramalkan keinginan dan keperluan pereka-pereka rumah hari ini dan kemudian membuat warna yang sesuai digunakan oleh mereka.

Kami juga amat berbangga kerana Malaysia menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara yang mempamerkan Trend Warna Global Jotun​ ​2018.​ ​”Tema-tema ini masing-masing direka untuk mencerminkan realiti kehidupan moden dan mengilhami imaginasi. Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life dengan 32 warna menyediakan setiap pereka dengan palet hiasan dalaman yang sesuai dengan pelbagai​ ​kediaman​ ​di​ ​seluruh​ ​dunia.

Melangkahlah ke masa hadapan 2018 untuk mengetahui palet warna yang akan memperbaharui​ ​bahagian​ ​dalaman​ ​kediaman​ ​anda​​ ​.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *