Menu

HARUS TONTON – “THE KID FROM THE BIG APPLE 2: BEFORE WE FORGET” TERIMA TEMPAHAN TIKET BERNILAI 1/2 JUTA SEBELUM TARIKH TAYANGAN

14th November 2017 - FILEM
HARUS TONTON – “THE KID FROM THE BIG APPLE 2: BEFORE WE FORGET” TERIMA TEMPAHAN TIKET BERNILAI 1/2 JUTA SEBELUM TARIKH TAYANGAN

Memang tidak dapat disangkalkan lagi “The Kid from the Big Apple 2: Before We Forget” adalah sebuah filem berbahasa Mandarin yang dinanti-nantikan oleh penonton apabila tempahan dewan pawagam untuk filem tersebut mencapai jumlah setengah juta sebelum tarikh tayangannya di pawagam! Dilaporkan pada 12 November, tempahan awal telah mencecah jumlah 153 dewan dengan 30,000 penonton dan angka ini semakin meningkat!

“The Kid from the Big Apple 2: Before We Forget” dibintangi oleh Ti Lung (Tommy Tam), Tan Qin Lin, Tan Jason, Debbie Goh, Shaun Tam dan Lenna Lim, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia padahari Khamis, 16 November. Isteri Ti Lung, Amy Tao juga membuat penampilan cameo di dalam filem ini.

Filem ini menyatukan kembali bintang veteran dari Hong Kong, Tommy Tam (Ti Lung), dan Sarah Tan sebagai pasangan datuk dan cucu. Jason Tan juga kembali membintangi filem ini sebagai watak yang comel, Ah Bao.

Kisah filem ini bersambung dari filem pertama di mana Chun Gen (Ti Lung) berpindah ke rumah baru bersama cucu dan anak perempuannya.

Ditulis dan diarahkan oleh Jess Teong, filem ini mengangkat nilai-nilai kekeluargaan. nilai tradisi dan membawa mesej penting iaitu menghargai setiap ahli keluarga sementara peluang masih ada.

Pengarah filem tersebut berkata, “Setiap hari, interaksi antara ahli keluarga semakin berkurangan. Filem kami adalah untuk mengingatkan para penonton tentang pentingnya semangat dan hubungan kekeluargaan sambil menggalakkan mereka untuk menzahirkan perasaan kasih sayang sebelum terlambat.”

“Isu yang dipaparkan dalam sekuel ini berkait rapat dengan ramai orang bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun, isu ini tidak dipandang secara serius Menerusi filem kami berharap agar dapat mendidik dan memberi inspirasi kepada para penonton tentang bagaimana untuk berhadapan dengan masalah seperti demensia (nyanyuk) pada peringkat awal,” tambah Jess Teong.

Sebelum ini, Jess Teong telah memenangi pelbagai anugerah untuk filem sulungnya, The Kid From The Big Apple seperti Penulisan Terbaik di Festival filem Antarabangsa Macau 2015 dan Anugerah Khas di Festival Filem Malaysia.

Lakonan mantap dari barisan pelakon tua atau muda membuatkan filem ini menjadi tarikan ramai. Pelakon handalan dan pemenang pelbagai anugerah, Debbie Goh mengambil alih watak ibu Sarah, Sophia Lin. Dia digandingkan dengan pelakon Hong Kong, Shaun Tam sebagai bapa kepada Sarah.

Berlainan dengan filem pertama, sekuel ini banyak menyelami elemen sentimental dengan lebih mendalam serta menyentuh isu-isu realiti semasa yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

‘The Kid from the Big Apple 2: Before We Forget’ menjanjikan sesuatu unik & berbeza dari filem yang pernah terhasil di Malaysia. Jess dan krew filem berjaya membikin filem ini dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya menyentuh emosi penonton, dari ketawa berdekah-dekah dan juga menitiskan air mata.

Tontoni “The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget” bersama keluarga kesayangan anda sebelum semua memori indah sebelumnya terpadam, di pawagam berhampiran anda mulai 16 November 2017 dan disusuli Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

THE KID FROM THE BIG APPLE 2: BEFORE WE FORGET

Tarikh Tayangan: 16 Nov 2017
Bahasa: Mandarin (Dengan sarikata B. Malaysia & Inggeris)
Genre: Drama, Komedi
Pengarah: Jess Teong
Pelakon: Tommy Tam, Tan Qin Lin, Debbie Goh, Shaun Tam, Tan Jason

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/gscmovies atau www.gscmovies.com.my atau www.threeproduction.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *