Menu

TIMBERLAND DAN MADNESS LANCAR KOLEKSI KAPSUL TRANSMUTASI BERSAMA PELAKON SHAWN YUE

14th November 2017 - FESYEN
TIMBERLAND DAN MADNESS LANCAR KOLEKSI KAPSUL TRANSMUTASI BERSAMA PELAKON SHAWN YUE

Perkataan “Transmutasi” bermakna perubahan atau konversi satu objek menjadi objek lain. Dengan ini, Timberland dan MADNESS (label fesyen terkemuka di negara China) dengan bangganya melancarkan koleksi kapsul “Transmutasi” mereka pada bulan November ini yang telah direka dengan kerjasama ikon fesyen streetwear kontemporari antarabangsa, Shawn Yue. Koleksi ini mempersembahkan beberapa jenis pakaian termasuk But 6 inci Kulit / Kain Gore-Tex®, Jaket Cruiser Gore-Tex® dan Bear Head Down Jaket.

Timberland dikenali di seluruh dunia untuk kualiti dan kemahiran ketukangan produk mereka, manakala MADNESS pula dikenali untuk ketlitiannya dalam menghasilkan produk mereka. Apabila kedua-dua jenama ini bergabung kepakaran mereka, maka lahirlah rangkaian pakaian yang menjelmakan produk klasik Timberland menjadi sesuatu yang unik.

Bertujuan untuk mengibaratkan But Kuning Timberland sebagai kasut yang boleh dipakai setiap hari, Shawn telah mereka bentuk semula but ikonik tersebut dengan stail peribadinya: memberikan kami but yang ‘rugged’ dan berfungsi tetapi juga ringan sebagai kasut sneakers. Dinamakan “TYPE-MD01”, but hasilan kolaborasi Timberland dan MADNESS ini diperbuat dengan beberapa campuran media termasuk nilon kalis air, dan kulit suede premium dengan mengabungkan keselesaan teknologi GORE-TEX® Performance. Teknologi ini membolehkan prestasi kalis air yang tahan lasak dan pernafasan but optimum untuk penggunaan luar, terutamanya dalam keadaan cuaca yang sentiasa berubah. Terlebih lagi, oleh sebab tapak dalam kasut berjenama Vibram® Morflex™, but ini bukan sahaja santai dan senang dicuci, ia tetap tahan lasak dan mengekalkan keringanannya. Oleh sebab kawasan permukaan besar, bawahan tapak kasut but ini membolehkan teknologi anti-slip yang menjaminkan stabiliti sepanjang hari.

Perekaan koleksi ini bertumpuan pada mengeluarkan koleksi pakaian yang mempunyai “Outdoor Capability” yang tinggi. Dengan penggabungan DNA “Outdoor” Timberland bersama gaya ala tentera MADNESS, mereka telah hasilkan pakaian yang mempunyai ketelitian dan bermutu. Dengan tambahan lapisan tudung hujan GORE-TEX® tiga lapis, GORE-TEX® Cruiser Jacket memberi penampilan yang lebih kontemporari pada bayangan jaket parka klasik M-65. Lasak serta kalis air dan angin, jaket ini juga membolehkan pernafasan optimum untuk meningkatkan tahap keselesaan dan perlindungan untuk kegunaan harian. Jaket ini bukan sahaja berfungsi, tetapi rekaan yang menampilkan stail fesyen terkini juga tidak boleh dilupakan – perkakasan loyang yang emas, butang-butang ukiran laser, lapisan tudung camo, kerapian korduroi, label-label vintaj dan zip tarikan memberi jaket ini penampilan yang tidak terlalu menonjol dengan mengekalkan gayanya.

Down Jacket koleksi ini dihasilkan dengan menggunakan bulu angsa premium yang dianyam dengan kain baffle – konstruksi tiga dimensi anyaman baffle memberi bulu angsa dalam jaket ini ruang yang mencukupi untuk diisi maksimum supaya meningkatkan penebatana and pengekalan haba tanpa jahitan. Kedua-dua jaket ini dibina mengikut Sistem Lapisan Padanan (Compatible Layering System) Timberland di mana Down Jacket dan GORE-TEX® Cruiser Jacket boleh dipadankan untuk mewujudkan jaket yang terunggul. Lebih lagi, ia boleh dipadankan dengan jaket-jaket lain koleksi CLS Timberland.

Koleksi kapsul Timberland x MADNESS boleh didapati di mdnsonline.com pada 25hb November (Sabtu) atau di Timberland Mid Valley dan Timberland Pavilion serta kedai Crossover Sunway Pyramid dan City Square Johor pada 30hb November (Khamis). Koleksi ini terdapat dalam KUANTITI YANG AMAT TERHAD.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Timberland, sila layari laman web timberland.com.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *