Menu

JOE FLIZZOW LANCAR VIDEO MUZIK SINGLE INGGERIS TERBAHARU – “DROP”

25th November 2017 - MUZIK
JOE FLIZZOW LANCAR VIDEO MUZIK SINGLE INGGERIS TERBAHARU – “DROP”

Artis Sony-Kartel, Joe Flizzow telah melancarkan video muzik bagi single Inggeris terbaharunya yang berjudul – “DROP”. Single ini telah diterbitkan oleh Alif (sleeQ) dan telah diadun oleh jurutera audio terkemuka dunia, Chris Athens.

Video muzik DROP telah ditayangkan secara umum di laman sesawang YouTube Vevo SonyMusicKartel pada 24 November 2017. Muzik video ini telah diarahkan oleh Shimy Julaini dan diterbitkan oleh Joe Flizzow sendiri. Dirakam di beberapa lokasi sekitar Phuket, Thailand, video muzik ini memaparkan tempat-tempat menarik lagi indah yang terdapat di pulau tersebut.

“Saya jatuh cinta dengan keindahan pulau Phuket sewaktu bercuti di resort sahabat saya, Sri Panwa dan terus berkata bahawa saya perlu kembali untuk rakaman muzik video saya yang seterusnya. DROP membawa maksud yang positif, di mana setiap hari kita meraikan kehidupan tidak kira apa jua rintangan yang terpaksa dihadapi”, jelas Joe Flizzow.

Joe Flizzow telah membina reputasinya sebagai salah seorang bintang hip-hop Asia yang disegani. Semenjak pelancaran album Inggerisnya, “President” pada tahun 2009, beliau telah mengembangkan empayar perniag-aannya yang kini merangkumi sebuah syarikat rakaman (Kartel Records), agensi bakat (Kartel Agency), DJ Collective (Kartel Hitmen), kedai gunting rambut (Joe’s Barbershop) dan rangkaian cenderamata (Budak Baek).

Joe Flizzow juga turut mengilhamkan dan bertindak selaku penerbit bersama “Hip-Hoppin Asia” di 8TV, sebuah rancangan pengembaraan yang mengikut penjelajahan beliau ke 7 buah negara Asia di mana beliau bertemu dan menemuramah penggiat-penggiat hip-hop dalam perjuangan mereka memartabatkan muzik hip-hop. Joe Flizzow juga telah melancarkan album “Havoc” yang mendapat sambutan luar biasa pada 7 Disember 2013 dengan judul yang sama di mana single “Havoc” menjadi fenomena seluruh negara.

Lagu dan video Muzik DROP boleh dimuat turun dan boleh didengari melalui penstriman di atas talian dikesemua landasan digital pada 24 November 2017. Laman sesawang: https://Ink.to/JFDrop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *