Menu

SUNSILK MENERUSKAN USAHA DALAM MEMBERI INSPIRASI DAN GANJARAN KEPADA WANITA MUDA DAN BERHIJAB

25th November 2017 - CANTIK & SIHAT
SUNSILK MENERUSKAN USAHA DALAM MEMBERI INSPIRASI DAN GANJARAN KEPADA WANITA MUDA DAN BERHIJAB

Sunsilk meneruskan komitmennya untuk memperkasa wanita-wanita muda hari ini dengan melancarkan replika botol Syampu terbesar yang pernah dibuat di Malaysia. Inisiatif ini membuktikan hasrat jenama Sunsilk untuk memberi inspirasi kepada wanita-wanita muda berhijab untuk mengejar impian mereka; sambil memberi barangan dan hadiah Sunsilk Hijab Recharge sebagai ganjaran, termasuk peluang untuk mencipta pengalaman dan kenangan indah di Korea bersama sahabat karib mereka.

Replika botol gergasi syampu varian ‘Segar Berhijab’ Sunsilk Hijab Recharge dilancarkan secara rasmi di Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam dari 23 – 26 November 2017. Dengan ketinggian 12.25m dan kelebaran 9.66m, struktur ini secara rasmi diiktiraf sebagai “Replika Botol Syampu Terbesar” di Malaysia oleh Malaysia Book of Records. Pengiktirafan ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Sunsilk sebagai jenama yang sentiasa menerajui dalam menyuntik keyakinan dalam diri wanita-wanita muda dengan menjadi teman penjagaan rambut yang boleh dipercayai.

“Kami berbangga dengan pencapaian ini yang pasti menjadi satu mercu kejayaan bagi Sunsilk. Sebagai jenama syampu dan perapi nombor 1* di Semenanjung Malaysia, tanggungjawab kami bukan sekadar menawarkan produk penjagaan rambut yang inovatif untuk pelanggan, malahan ianya telah menjadi misi jenama kami dalam memberi inspirasi kepada wanita – wanita muda yang berhijab supaya bercita-cita besar dan berusaha untuk mencapainya. Kami mahu menzahirkan misi kami dengan melakukan sesuatu yang bermakna, dan inilah yang mengilhamkan inisiatif ‘Replika Botol Syampu Terbesar’ menerusi kerjasama kami dengan Giant,” kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran bagi Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Tambahan beliau lagi, “Kami berasa amat bangga dapat bekerjasama dengan pihak Giant untuk inisiatif penciptaan rekod ini. Giant adalah salah satu rakan kongsi utama kami dalam memastikan produk kami lebih mudah didapati serta menjadi medium dalam menyampaikan mesej kepada wanita-wanita muda dan berhijab melalui aktiviti pemasaran di dalam-kedai. Kami akan terus mencari peluang untuk berkerjasama dengan rakan kongsi kami untuk berkongsi pengalaman seumpama ini.”

Melancong ke Korea bersama ‘Teman Sejati’

Saat-saat paling indah dalam hubungan persaudaraan dan persahabatan lazimnya tercipta dan dikongsi ketika melancong bersama. Justeru, untuk mencipta kenangan indah ini, Sunsilk memberi peluang kepada wanita-wanita muda dan berhijab untuk memenangi percutian ke Koreadengan segala perbelanjaan ditanggung bersama seorang rakan. Untuk merebut peluang keemasan ini, peserta hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut:

1. Ambil swafoto ataupun gambar bersama tiga replika botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang terletak berhadapan kedai Emas Zeni di Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam.

2. Muat naik foto di dalam bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman Facebook Sunsilk Malaysia.

3. Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam anda bagi tahun 2018, bersama dengan hashtag: #SunsilkCoverKita, #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle. Peraduan berakhir pada 27 Disember 2017.

Bukan Sahaja Terbesar, Tetapi Juga Dipenuhi Dengan Hadiah!

‘Replika Botol Syampu Terbesar’ Sunsilk juga dipenuhi dengan hadiah untuk dibawa pulang oleh para pelanggan. Dari 23 – 26 November 2017, pelanggan yang membeli sebotol (1) Sunsilk Hijab Recharge 320ml di pameran bergerak yang terletak di pintu masuk Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam, boleh menebus hadiah daripada Sunsilk. Seorang petugas Sunsilk kemudian akan mengambil hadiah dari replika botol gergasi yang penuh dengan pelbagai produk Sunsilk, khususnya syampu dan perapi Sunsilk Hijab Recharge serta produk untuk kegunaan semasa melancong. (Sementara stok masih ada)

Sunsilk Hijab Recharge dirumus dengan Fragrance Release Pearls Technology™** yang memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam* – produk pertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal namun luar biasa.  Sebaik sahaja rambut anda dibasuh dengan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal dalam rambut anda.  Kapsul ini kemudiannya akan pecah apabila terkena sentuhan yang lembut lantas membebaskan aroma wangian yang harum.  Tambahan pula, aroma wangian yang harum ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan geseran antara tudung dengan rambut anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunsilk Hijab Recharge, sila layari http://www.sunsilk.com.my atau ikuti Sunsilk di Facebook (https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia/) atau Instagram (https://www.instagram.com/sunsilkmy/)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *