Menu

TONTON SIAR SIRI RUNAWAYS – ADAPTASI KOMIK SUPERHERO DARI MARVEL

26th November 2017 - PENTAS/TV
TONTON SIAR SIRI RUNAWAYS – ADAPTASI KOMIK SUPERHERO DARI MARVEL

Sebagai remaja, pernahkah anda memberontak dan merasakan ibu bapa adalah manusia paling kejam? Namun bagaimana sekiranya mereka benar-benar seperti yang disangka?”

Adaptasi komik SuperHero dari Siri Marvels iaitu, Runaways  menampilkan enam remaja dengan latar belakang yang berbeza menyedari bahawa ibu bapa mereka sebenarnya dari  anggota kumpulan penjahat. Menyedari akan perkara itu, enam remaja ini bersama-sama melarikan diri dari rumah untuk membongkar identiti sebenar ibu bapa mereka.

Menerusi penstriman eksklusif di portal aplikasi penstriman video nombor satu dan terbesar di Malaysia – tonton, Runaways menjanjikan siri aksi baru dan hebat buat pelanggan setia tonton.

Siri web yang mengandungi 10 episod ini disiarkan selama satu jam setiap episod dan boleh diakses oleh pengguna tonton VIP bermula 22 November 2017 (akses 24 jam dengan tayangan serentak di Amerika Syarikat). Marvel’s Runaways diperkenalkan oleh Stephanie Savage dan Josh Schwartz berdasarkan komik superhero Marvel. Runaways adalah siri baharu menampilkan sekumpulan remaja yang  bekerjasama dalam menentang kejahatan ibu bapa setelah mengetahui ibu bapa mereka merupakan sebahagian daripada sindiket organisasi  yang dikenali sebagai “Pride”.

Menampilkan Alex, seorang yang lantang bercakap namun ‘skema’ yang gemar meluangkan masa lapangnya bermain permainan video; manakala Nico, seorang “Wiccan” memiliki karakter “Goth” sering bersendiri dan terasing dari rakan-rakan dan keluarganya; Karolina pula tampil dalam figura seorang model dengan senyuman yang menawan,  namun cuba menyembunyikan kuasanya yang sebenar; Gert si gadis berambut ungu, berkaca-mata pula sering memberontak. Chase yang merupakan pemain “lacrosse” menjadi pujaan para gadis di sekolah.  Manakala Molly yang terkenal dengan sikap positif sentiasa mempunyai perasaan untuk “memiliki” sesuatu.

Siri ini dibintangi bintang ternama serta pendatang baru antaranya Rhenzy Feliz, Ariela Barer, Lyrica Okano, Gregg Sulkin, Virginia Gardner dan Allegra Acosta.

“Selepas kejayaan Marvel’s Inhumans yang menerima sambutan hangat, kami optimis memperkenalkan siri baharu Marvels Runaways dan pelanggan VIP di Malaysia kini boleh menonton tayangan ini secara serentak dengan tayangan asal di Amerika Syarikat. Menerusi akses eksklusif di tonton, peminat Marvel kini boleh menonton siri ini di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ini juga adalah permulaan ke arah sasaran tonton dalam membawakan lebih banyak kandungan Marvel ke platformnya; juga nantikan siaran Marvel’s Cloak & Dagger pada tahun 2018 kelak,” menurut Airin Zainul, Pengarah tonton, Perlesenan dan Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad

Untuk masa yang terhad mulai 1 November 2017, langgan tonton VIP di Malaysia dari serendah RM3 setiap hari dan nikmati pakej bulanan istimewa dengan hanya RM5 (harga normal RM10) atau nikmati pengalaman tonton sepanjang tahun hanya RM48 (harga normal RM96)! Pakej VIP tonton menawarkan siaran langsung program, saluran premium dan arkib video lebih 30,000 jam dengan pengalaman video percuma tanpa iklan.  Untuk maklumat terkini mengenai tonton, ikuti kami di:Facebook: tontonMYTwitter: tontonMYInstagram: tontonMYHashtag kami di #tontonMacamVIPAda soalan? Hubungi kami di perkhidmatan sembang LIVE atau hubungi 03-2717 2020!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *