Menu

GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS – DESTINASI MEMBELI-BELAH MEWAH

6th December 2017 - REKREASI, SEMASA
GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS – DESTINASI MEMBELI-BELAH MEWAH

Genting  Highlands Premium Outlets, Pusat Premium Outlet Asia Tenggara pertama yang terletak di atas bukit membawakan kemeriahan membeli-belah di puncak sejak pembukaannya di bulan Jun.

Jualan besar-besaran selama lima hari telah dilangsungkan bermula 29 November sehingga 3 Disember lalu di mana para pengunjung berpeluang untuk menikmati tempoh membeli-belah yang dilanjutkan dari pukul 10 pagi sehingga 12 malam dan jualan dengan potongan harga sehingga 90%.

Terlelak di 3000 kaki di atas aras laut, Genting Higlands, Genting Highlands Premium Outlets adalah pusat Premium Outlet yang kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlets. Pusat membeli-belah mewah ini mempunyai keluasan kira-kira 500,000 kaki persegi dan menampilkan 150 gedung jenama mewah yang menawarkan penjimatan sehingga 65% setiap hari.

Genting Highlands Premium Outlets adalah usahasama 50:50 di antara Genting Plantations Berhad dan Premium Outlets, sebuah anak syarikat Simon Property Group.

Premium Outlets menawarkan pemjimatan terus dar kilang sehingga 65% setiap hari bagi jenama mewah antarabangsa yang berkualiti di lokasi yang mudah di kunjungi.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di Premium Outlet Centers adalah pusat perkhidmatan pelanggan/ pusat maklumat, mesin pengeluaran wang, kad hadiah, sewaan kereta sorong kanak-kanak, kerusi roda serta carta saiz dan perkhidmatan pelbagai bahasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.premiumoutlets.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *