Menu

KOREA GINSENG CORPORATION MEMPROMOSIKAN GINSENG MERAH KOREA DI SEMINAR CHEONGKWANJANG 2017

5th January 2018 - CANTIK & SIHAT, PRODUK BARU
KOREA GINSENG CORPORATION MEMPROMOSIKAN GINSENG MERAH KOREA DI SEMINAR CHEONGKWANJANG 2017

Ginseng telah lama dikenali dengan kesan penyembuhannya dan sebati dengan masyarakat Cina di mana ia telah digunakan sebagai tonik dan ubat sejak 5,000 tahun yang lalu. Dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran mengenai ginseng merah Korea dan bagaimana ia boleh membantu dalam segi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, Korea Ginseng Corporation (KGC) telah menerajui Seminar CheongKwanJang 2017 yang pertama di Malaysia dengan sokongan rakan tempatan KMT Trading Sdn. Bhd serta Korea Trade & Investment Promotion Agency (KOTRA) Kuala Lumpur untuk berkongsi tentang penyelidikan terhadap ginseng merah Korea secara mendalam yang telah dijalankan

Ketika memberi ucapan dalam sesi media untuk seminar CheongKwanJang yang pertama di Malaysia, Encik Park Jin, Pengurus Kanan Jabatan, Korea Ginseng Corporation berkata, syarikat tersebut menyedari wujudnya kepentingan untuk mendidik para pengusaha kedai perubatan tradisional Cina dan rakan pengedaran mereka di negara ini mengenai manfaat-manfaat ginseng merah Korea dan bagaimana ia menyumbang untuk kesihatan pengguna.

“Secara tradisinya, ginseng digunakan untuk membantu dalam pelbagai masalah kesihatan dan sebagai eliksir untuk mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Korea Ginseng Corporation amat berbesar hati untuk mempamerkan legasi selama 118 tahun sejak dalam menghasilkan ginseng mentah yang bersih dan berkualiti melalui penanaman dan kaedah pemprosesan ginseng yang sistematik – dari persekitaran penanaman yang sesuai, pengeluaran yang mementingkan kualiti, sehingga mengoptimumkan keberkesanan ginseng merah Korea melalui penyelidikan dan pembangunan,” kata Park.

Bergantung kepada peringkat pemprosesannya, ginseng yang mentah akan menjadi ginseng merah apabila ia distim dan dikeringkan berulang kali sehingga ginseng tersebut bertukar kepada warna perang atau kemerahan. Ia boleh disimpan dengan mudah untuk tempoh yang lama tanpa menjejaskan kualitinya. Ginseng merah sering dikenali dengan manfaatnnya yang dapat meningkatkan sistem imunisasi, membantu memulihkan tubuh dari keletihan, memperbaiki peredaran darah, meningkatkan aktiviti otak dan bertindak dengan ciri-ciri antioksida.

“Secara umumnya, ginseng merah Korea merupakan akar istimewa yang penuh dengan vitamin dan mineral yang unik, antioksida dan pelbagai nutrien penting yang membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Ramai masyarakat Cina menggelar ginseng Korea sebagai ‘eliksir kehidupan’ kerana manfaat-manfaatnya yang hebat,” kata Dr. So Seung-Ho, Ketua Kumpulan Penyelidikan Keberkesanan & Keselamatan, Makmal Penyelidikan Asas, Ibu Pejabat R&D Korea Ginseng Corporation.

Ginseng mengandungi pelbagai komponen farmakologikal, termasuklah satu siri saponin triterpenoid tetracyclic (ginsenosida), poliasetilena, bahan-bahan polifenol dan polisakarida berasid. Ekstrak-ektsrak ini menghasilkan bahan-bahan antimikrob yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan dari jangkitan bakteria dan virus di mana ia membantu meningkatkan sistem imunisasi. Kesan proaktif ginsenosida membantu meningkatkan daya tumpuan dan fungsi otak secara keseluruhannya dengan merangsang sel-sel otak. Ia boleh memperbaiki peredaran darah dengan menghalang pembentukan trombus, dan boleh mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular.

Melalui seminar CheongKwanJang yang pertama di Malaysia ini, Korea Ginseng Corporation berhasrat untuk mewujudkan kesedaran mengenai fungsi bermanfaat ginseng merah Korea di kalangan pengusaha kedai dan saluran pengedaran perubatan tradisional Cina (TCM) melalui sesi perkongsian oleh Dr. So Seung-Ho dan pakar perubatan tradisional Cina tempatan Cik Lee Di Von mengenai keberkesanan dan kaedah pengambilan ginseng merah Korea.

Selaku pengurus untuk Jabatan Jualan Global, Korea Ginseng Corporation, Encik Kim Ji-hwan menekankan bahawa sebagai sebuah syarikat yang mempunyai tradisi selama 118 tahun, Korea Ginseng Corporation telah membawa nilai jenama premium yang dibina berdasarkan kepercayaan pelanggannya. Korea Ginseng Corporation amat berbangga dengan sejarahnya yang lama dibina untuk memberi sumbangan kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat di seluruh dunia.

“Demi membalaskan budi pelanggan kami yang memberikan sokongan yang kuat selama ini, Korea Ginseng Corporation telah memperkenalkan pelbagai jenama makanan yang menitikberatkan kesihatan. Pelaburan kami terhadap kawalan mutu produk secara konsisten serta dedikasi dari segi penyelidikan dan pembangunan membantu pelanggan kami mengekalkan kesihatan sepanjang hidup mereka,” kata Encik Kim.

CheongKwanJang telah diiktiraf setara dengan ginseng Korea berkualiti tinggi yang diminati oleh warga Korea selama ribuan tahun apabila kerajaan Korea mula mengenakan standard kawalan kualiti yang sangat tinggi. Jenama ini melambangkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti hebatnya di mana ia mewakili semangat ketukangan dan usaha yang berterusan mencapai kemewahan yang bertahap dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Korea Ginseng Corporation dan CheongKwanJang, sila kunjungi http://globalkgc.com/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *