Menu

NORA DANISH SERLAHKAN ASPIRASI KECANTIKAN MELALUI RANGKAIAN KOSMETIK “OH MOST WANTED”

5th January 2018 - CANTIK & SIHAT
NORA DANISH SERLAHKAN ASPIRASI KECANTIKAN MELALUI RANGKAIAN KOSMETIK “OH MOST WANTED”

Jenama kosmetik OhMostWanted lahir daripada minat Nora Danish yang mendalam dalam bidang kecantikan dan penjagaan wajah sejak dari kecil lagi. OhMostWanted juga terinspirasi hasil daripada pengalaman Nora melancong ke luar negara dan aspirasi Nora terhadap perkara-perkara yang cantik, youthful, cute dan sangat feminis.

Pada tahun 2018 ini, jenama OhMostWanted sebenarnya bakal memasuki tahun ketiga ia dipasarkan. Tahun 2018 merupakan tahun yang amat sesuai untuk fasa commercialization selepas dua tahun team OhMostWanted bertungkus-lumus melakukan kajian pasaran, market validation dan R&D.

Selama dua tahun sebelum ini, Nora banyak terlibat secara langsung di belakang tabir kerana masih terikat dengan beberapa kontrak sebagai duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan. Keunikan produk keluaran OhMostWanted terletak kepada kandungan yang diformulasikan oleh dua orang rakan perniagaan Nora iaitu Dr Aina dan Dr Azri yang merupakan doktor aesthetic (kecantikan) dari Klinik Hana meletakkan produk keluaran syarikat Nora dalam kategori Cosmeuceutical atau kosmetik dan farmasutikal.

Di bawah jenama OhMostWanted buat masa ini mempunyai empat produk seperti Magic Foundation with SPF 50, Pout-fect Lip Cream, Magic Blender dan Magic Wand yang diformulasikan untuk kegunaan harian.

Hasil maklumbalas yang diperolehi selama ini, rata-rata pengguna berpuas hati dengan kualiti produk keluaran OhMostWanted seperti Magic Foundation kerana ia amat ringan, mudah ditanggalkan, mesra wudhu’, dan mampu membantu menyelesaikan masalah kulit mereka. Seawal bulan Januari 2018, team OhMostWanted akan mengeluarkan beberapa produk lagi untuk siri Pro-Face-sional iaitu untuk penggunaan yang lebih ‘berat’ seperti menghadiri majlis-majlis tertentu.

OhMostWanted Girls selepas ini akan sentiasa bersedia gambar mereka diambil oleh ‘paparazi’ ketika majlis berlangsung!

Produk-produk OhMostWanted boleh didapati di semua cawangan Play Up Advance, Klinik-klinik kecantikkan dan farmasi terpilih, kedai-kedai online seperti MySmink, BeautyBrowse dan PinkboxCereal, rakan-rakan pengedar kami di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei atau di laman web rasmi  www.ohmost-wanted.com.

Pada tahun 2018 juga, Nora sedang mengintai peluang eksport ke Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara Eropah dengan kerjasama rakan niaga strategik di sana.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *