Menu

THE MANHATTAN FISH MARKET RAIKAN ULANG TAHUN KE-15!

5th January 2018 - SELERA
THE MANHATTAN FISH MARKET RAIKAN ULANG TAHUN KE-15!

Mengambil inspirasi dari Pasar Ikan Fulton, yang asalnya terletak di bawah Jambatan Brooklyn yang ikonik, The Manhattan FISH MARKET, merupakan restoran yang telah memenangi pelbagai anugerah dan menyajikan hanya makanan laut Amerika yang segar dan akan membuatkan air liur anda meleleh kini menyambut ulang tahunnya yang ke-15 di Malaysia! Dikenali dengan Manhattan Flaming Seafood Platter, The Manhattan FISH MARKET meraikan pencapaian ini di restoran yang baru diubah suai di Subang Parade, menghidangkan pelanggan setia dengan pelbagai makanan laut, persembahan oleh artis tempatan dan permainan yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Ditubuhkan pada November 2002 di Mid Valley Megamall, Malaysia, The Manhattan FISH MARKET telah menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan yang hebat semenjak itu. George Ang, Dickson Low dan Dr Jeffrey Goh, pengasas The Manhattan FISH MARKET melihat peluang untuk memenuhi permintaan pasaran terhadap sajian makanan laut ala Amerika, iaitu fish and chips dan telah berkembang daripada beberapa restoran pada 2002 kepada lebih 70 restoran sekarang di 14 negara.

Sepanjang tempoh itu juga, The Manhattan FISH MARKET telah memperluaskan menu kepada pelbagai juadah makanan laut daripada Manhattan Fish ‘N Chips, produk terkenal mereka, kepada Manhattan Flaming Seafood Platter yang sangat ikonik, sekaligus sinonim dengan jenama ini.

Dengan kejayaan meraih pelbagai anugerah, The Manhattan FISH MARKET mengekalkan reputasi sebagai pengalaman menjamu makanan laut sedap yang mampu dinikmati semua dan suasana restoran yang hebat, menerusi pengekalan semua aspek asas – makanan laut berkualiti, perkhidmatan cemerlang, suasana yang menyeronokkan dan nilai yang besar kepada tetamu. Bercakap mengenai kejayaan restoran, “Dari pemulaan kami yang sederhana sehingga sekarang, nilai dan fokus kami tidak berubah, iaitu sentiasa mendahulukan orang-orang kami. Ada kalangan kakitangan kami bermula dengan kami sejak hari pertama. Perbezaan nyata antara kami dengan kumpulan restoran lain dan bagaimana kami boleh tumbuh begitu pantas ialah mewujudkan budaya di mana kami menekankan hal seperti mengambil berat, memahami, berhubung dan sentiasa mendengar suara kakitangan kami. Ia kini terbukti dengan kejayaan dalam tempoh hanya 15 tahun,’’ kata George Ang, CEO Kumpulan dan Pengasas Bersama The Manhattan FISH MARKET.

Acara menarik ini dimulakan dengan hidangan 3 Manhattan Flaming Seafood Platter sebagai juadah sambutan kepada para tetamu dan hidangan gastronomical yang terdiri daripada pelbagai juadah, dipersembahkan di dalam lima gaya masakan berbeza: panggang, gril, goreng, bakar dan rebus.

Bagi merayakan pencapaian ulang tahun ke-15, The Manhattan FISH MARKET akan mengelolakan kempen Battle of The Flaming Claws bermula 16 November di mana tetamu boleh menikmati tiga makanan laut premium berbeza seperti Canadian Lobster, King Crab dan French Crab pada harga RM119.90 (sebelum GST) setiap satu. Jadi pastikan anda tidak ketinggalan menikmatinya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *