Menu

KOLEKSI TAHUN BARU CINA 2018 BAKAL TIBA DI H&M MALAYSIA 25 JANUARI INI

6th January 2018 - FESYEN
KOLEKSI TAHUN BARU CINA 2018 BAKAL TIBA DI H&M MALAYSIA 25 JANUARI INI

H&M dengan bangganya mengumumkan aktres dari negara China, Yang mi dan aktor Taiwan Mark Chao sebagai personaliti dalam kempen Tahun Baru Cina 2018. Terkenal melalui lakonan mereka di dalam siri drama popular “Eternal Love”, pasangan tersebut kembali dengan memakai pakaian perayaan Tahun Baru Cina H&M.

“Saya adalah penggemar tegar H&M, dan amat teruja untuk menerajui kempen perayaan ekslusif ini bersama Mark buat kali pertama. Saya tidak sabar untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama sanak saudara dan rakan taulan dengan memakai pakaian kegermaran saya dari koleksi ini. Saya harap rapa peminat kami juga akan menyukai koleksi ini seperti kami,” kata Yang Mi.

“Saya amat gembira untuk beraksi semla dengan Yang Mi, kali ini untuk kempen Tahun Baru Cina H&M. Koleksi ini menampilkan semangat yang ceria perayaan Musim Bunga. Saya cukup gemarkan koleksi bergaya yang versatil ini di mana ia boleh di pakai juga ada hari-hari bukan perayaan.” kata Mark Chao.

Koleksi Tahun Baru Cina H&M bakal berada di pasaran di 11 negara: China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Singapore, Malaysia, Thailand, Indonesia, Philippines, Vietnam dan Canada mulai 25 Januari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *