Menu

FILEM LAKONAN JAGUAR LIM “AMAZING TITANMAN” BAKAL DIPASARKAN KE HONG KONG & TAIWAN

12th February 2018 - FILEM
FILEM LAKONAN JAGUAR LIM “AMAZING TITANMAN” BAKAL DIPASARKAN KE HONG KONG & TAIWAN

Berikutan sambutan yang menggalakkan sempena filem pertama iaitu Zombies vs. The Lucky Exorcist pada tahun 2015, filem terbaru Jaguar Lim, ‘Amazing Titanman’ yang akan ditayangkan tahun ini bakal mencabar filem-filem Tahun Baru Cina yang lain!

Filem ‘Amazing Titanman’ yang dijangka akan menggegarkan pawagam di seluruh tanahair mulai 22hb Februari ini, adalah sebuah filem terbitan Jaguar Lim Production Sdn Bhd. Filem ini menyaksikan Jaguar Lim memegang peranan sebagai pengeluar serta produser eksekutif malahan juga memperkenalkan Eddie Tiger sebagai pengarah, pengeluar dan penulis skrip dengan harapan filem terbaru ini akan sekali Iagi mencatat sejarah dan rekod yang membanggakan.

Filem Amazing Titanman dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Jaguar Lim atau Iebih dikenali sebagai ‘Jutawan Masa Depan’, penampilan khas oleh artis sensasi Namewee, model dan artis terkenal kelahiran lran Mehrdad Ravavi Mozart, Pelakon Lelaki Terbaik Golden Awards 2017 Jordan Voon, Pelakon Pentas Wanita Terbaik Rosa Chong, selebriti internet Edilson Lim, komposer terkenal Jovi Theng, Pelakon Lelaki Terbaik Pertandingan Filem Pendek BMW Azman Hassan dan ramai lagi.

Filem ini turut mendapat perhatian pengedar filem dari Hong Kong dan Taiwan yang bakal membawakan filem fiksyen sains komedi ini kenegara tersebut. Perjanjian telah dimeterai di majlis sidang media filem “Amazing Titan” di Red Box Plus, Pavilion baru-baru ini.

Filem ‘Amazing Titanman’ adalah filem bergenre fiksyen-sains berbahasa Cina yang pertama dihasil dan dikeluarkan Malaysia. Jalan ceritanya yang luar biasa dan creative serta gandingan barisan pelakon yang baru dan berpengalaman memberikan dimensi yang segar kepada penonton. Pembikinan filem ini juga mengaplikasikan penggunaan teknik animasi yang tinggi serta kesan khas yang pasti akan membuat para penonton kelak memperkatakan akan kehebatannya. Dalam masa yang sama, filem ini sudah pasti akan menaikkan lagi persada dan mutu industri perfileman tempatan.

SINOPSIS

Filem ‘Amazing Titanman’ mengisahkan tentang pihak NASA dari Amerika yang sedang menyiasat kehadiran satu spesis makhluk asing ke bumi. Pada tahun 2015, satu spesis makhluk asing yang berbentuk aneh (Iakonan oleh Jaguar Lim) telah tiba dan tinggal di bumi.

Hasil siasatan ejen rahsia NASA (lakonan oleh Mehrdad Ravavi Mozart) mendapati rupa-rupanya ada segelintir penduduk bumi yang sudah pun mempunyai hubungan dan interaksi dengan makhluk asing tersebut. Dalam masa yang sama, siasatan juga mendapati rupa-rupanya makhluk asing ini berasal dari sebuah planet yang bernama Planet Titan.

Pihak NASA berasa bimbang dengan kehadiran makhluk asing ini dan membuat keputusan untuk menangkapnya! Pada ketika ini, seorang individu asing (lakonan Namewee) mulai mendedahkan maklumat rahsia mengenai makhluk asing tersebut…

Tonton filem ini dan anda berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM500,000!

Selepas sambutan yang menggalakkan ekoran pertanding ‘Tonton dan Menang’ sempena penayangan filem pertamanya, kini Jaguar Lim tampil dan menawarkan hadiah wang tunai yang Iebih tinggi buat anda! Dapatkan tiket wayang dan anda mungkin akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000! Jadi jangan lupa rebutkan peluang anda mulai 22hb Februari 2018 di pawagam berhampiran anda!

Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook:

Amazing Titanman 

Jaguar Lim

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *