Menu

“STAYCATION” – FILEM TAHUN BARU CINA YANG MENCUIT HATI DENGAN SENTUHAN JOHNSON LEE

13th February 2018 - FILEM
“STAYCATION” – FILEM TAHUN BARU CINA YANG MENCUIT HATI DENGAN SENTUHAN JOHNSON LEE

LOTUS FIVE STAR membawakan dua pelakon filem “Staycation” iaitu Johnson Lee dan Louisa So ke Malaysia untuk promosi filem tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Johnson Lee yang juga dikenali sebagai “Master Impersonator”turut menjadi pengarah buat kali pertama dalam filem komedi ini.

Filem komedi ini turut menampilkan pelakon-pelakon handalan Andrew Lam, Ti Lung, Yuen Qiu, Chien Hsiao Hao, Law Kar-ying, and Liu Wai-hung yang pastinya akan membuatkan penonton ketawa tidak kering gusi dengan aksi mereka.

Staycation mengisahkan seorang pekerja kolar putih, Wu (lakonan Johnson Lee) yang ingin membawa keluarganya iaitu isteri (Louisa So), ibu (Yuen Qiu), dan ayah (Ti Lung), bercuti ke sebuah kem di Hong Kong. Mereka mengalami pelbagai peristiwa yang lucu di sana apabila mereka disertai oleh seorang saudara yang kurang siuman (Andrew Lam) dan juga pengurus hotel yang mencurigakan (Lau Kar-Ying).

Johnson Lee & Louisa So, sebenarnya bukan pertama kali digandingkan sebagai suami isteri dalam sebuah produksi. Mereka telah berlakon sebagai pasangan suami-isteri 16 tahun lepas di dalam sebuah drama bersiri terbitan TVB.

Kepada yang gemarkan komedi slapstick, jangan lupa untuk menyaksikan gandingan hebat Johnson Lee, Louisa So dan ramai lagi pelakon-pelakon veteran Hong Kong dalam filem “Staycation”.

Filem ini dijangka mendapat sambutan hangat kerana bukan sahaja ia menghiburkan tetapi membawa mesej kekeluargaan yang amat sesuai ditonton bersama keluarga di musim perayaan tahun baru Cina.

“Staycation” bakal menenui penonton di pawagam mulai 22 Februari, dengan tayangan awal di pawagam-pawagam terpilih mulai 15 Februari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *