Menu

HITACHI LENGKAPKAN KEDIAMAN ANDA DENGAN INOVASI TEKNOLOGI TERKINI

6th March 2018 - GAJET, PRODUK BARU
HITACHI LENGKAPKAN KEDIAMAN ANDA DENGAN INOVASI TEKNOLOGI TERKINI

Selepas seharian di tempat kerja, kediaman kitalah tempat yang dituju untuk meluangkan masa yang berharga dengan keluarga serta melepaskan lelah dan memulihkan diri untuk menghadapi hari esok. Bagaimana sekiranya kita boleh mengubah kediaman kita menjadi ruang kehidupan yang sempurna dan meningkatkan kualiti hidup kita? Sebagai salah satu peneraju dalam industri peralatan rumah, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn. Berhad, menyatakan bahawa konsumer kini boleh melakukannya dengan siri terbaru Hitachi  yangdireka bentuk mesra pengguna dengan teknologi kesedaran ekologi yang termaju untuk mempertingkatkan kehidupan harian anda. Dalam kempen barunya yang bertema Upgrade for Life mendorong pengguna meningkatkan kehidupan di mana Hitachi berniat menjadikan kehidupan harian pengguna lebih bermakna dan baik.

“Hitachi dikenali kerana menggabungkan teknologi termaju dalam produknya, ditambah pula dengan kepercayaan yang terbina bersama reputasinya sepanjang 100 tahun sebagai jenama yang boleh dipercayai. Semakin ramai pengguna yang menginginkan peralatan rumah yang lebih yang tahan lebih lama dan dapat membantu meringankan kerja-kerja di rumah.. Kesemua produk yang kami pamerkan hari ini diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan teknologi terkini untuk membawakan kemudahan dan meningkatkan kualiti hidup pengguna kami,” kata Takahiro Ishii, Pengarah Urusan, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad.

Peti Sejuk Hitachi Baru yang Bertaraf Dunia dari Siri Big French Deluxe (R-W720P7M)

Peti sejuk Big French baru yang bergaya ini didatangkan dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan. Ia membawakan kuasa penyejukan yang hebat digandingkan dengan keupayaan penjimatan tenaga yang luar biasa, dengan adanya ciri Inverter dan Penyejukan Dwi Kipas. Pemampat inverternya yang padat lagi  berkuasa dapat menyediakan udara yang mempunyai kemampuan penyejukan yang lebih hebat. (use a different word, too over the top)dengan menggunakan kuasa yang begitu rendah dengan bantuan Sensor Eco Thermo yang terbina dalam. Penyejukan Dwi Kipas membolehkan kompartmen penyejuk beku dan peti sejuk disejukkan secara berasingan bagi penyejukan yang lebih berkesan supaya bahan makanan kekal segar dan tidak berbau.

Ruang Fresh Select membolehkan anda melaraskan suhu di dalamnya untuk memastikan produk sayuran, hasil tenusu dan daging disimpan pada suhu optimum masing-masing, supaya kesegarannya dapat dikekalkan. Pilih antara Mod Sayuran dan Mod Tenusu/Daging, dan anda boleh mencairbekukan makanan beku dan menyejukkan minuman anda dengan cepat. Bagi keperluan salad harian anda, Ruang Sayuran yang Besar dengan Kawalan Kelembapan boleh menyimpan semua sayuran hijau segar anda dalam jumlah yang banyak. Di ruang ini, sayuran diberikan tahap kelembapan tinggi yang optimum untuk memastikan kelembapan yang cukup dapat dikekalkan untuk mengekalkan kesegarannya. Ciri Kawalan Kelembapan memastikan penyejukan secara tidak langsung dan kelembapan sehingga kira-kira 92%[1]. Untuk menyimpan lebih banyak sayur-sayuran, , anda boleh menggabungkannya dengan ruang Fresh Select dan memilih Mod Sayuran.

Nikmati air yang sejuk dan bersih pada bila-bila masa di rumah dengan Dispenser Air Jenis Tangki yang terbina dalam. Anda hanya perlu mengisi tangki di dalam peti sejuk dan air sejuk tersedia secara automatik untuk anda. Rak Kaca Tahan Pecahnya adalah kalis calar,    tahan panas dan boleh menahan muatan sehingga 100KG[2]. Peti sejuk Big French didatangkan dengan Pengawal Skrin Sesentuh  pada panel kaca yang rata yang memberikan anda fleksibiliti untuk menukar pengesetan dengan hanya satu sentuhan sahaja.

Hitachi menawarkan waranti pemampat selama 10 tahun bagi semua peti sejuknya.

Cucian Mudah dengan Mesin Basuh dari Siri Ultra-Stream Wash (SF-240XWV)

Mesin basuh dari Siri Ultra-Stream Wash baru oleh Hitachi membolehkan anda mencuci pakaian dengan muatan yang lebih besar dengan memanfaatkan aliran air yang kuat dan berkuasa untuk mencuci pakaian anda dengan menyeluruh. Bilah besar pada permukaan “pulsator” mengincah cucian untuk memastikan air yang sarat dengan pekatan pencuci menyerap masuk ke dalam fabrik dan ia menghasilkan aliran air yang kuat tanpa pembaziran. Air dari pancurannya yang kuat dan meluas meliputi seluruh permukaan kain untuk memastikan pembersihan yang menyeluruh, menyingkirkan kotoran dan kesan bagi hasil cucian yang bersih dan segar.

Anda boleh mencuci sehingga 24KG kain, terutamanya item yang besar dan tebal seperti langsir atau sarung sofa di rumah anda sendiri. Jimatkan wang, tenaga dan masa dengan mencuci kain kotor untuk seminggu sekaligus. Di samping kapasiti yang lebih besar, ciri Inverter Berkuasa mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap tab dan putaran pulsator, yang disesuaikan mengikut muatan kecil atau besar bagi operasi penjimatan tenaga yang optimum. Cucilah kotoran dan kesan yang paling degil sekalipun dengan ciri Cucian 4 Langkah yang memastikan pekatan pencuci pakaian menyerap jauh ke dalam fabrik.

Eco Sensor 3 Langkah mengesan pengesetan keadaan cucian yang paling optimum dalam 3 langkah dengan menentukan jumlah cucian dan jenis fabrik. Hasilnya ialah pengesanan yang tepat untuk memastikan tiada pembaziran masa, elektrik dan air. Ia juga menampilkan mod Program Cucian Pintar, Kawalan Kekuatan Air, Shower Plus, Pilihan Memori, Cucian Tanpa Kekusutan dan tambahan 12 Pilihan Aras Air bagi segala keperluan cucian anda.

Mesin Basuh Ultra Stream Wash turut dilengkapi teknologi Pembersihan Sendiri Secara Automatik yang mencegah kulapuk dan bakteria sehingga 99%. Siri ini disahkan oleh Allergy UK Seal of Approval sebagai pengiktirafan terhadap kemampuannya yang terbukti mengurangkan atau membasmi alergen.

Hitachi yang komited untuk mengeluarkan produk berkualiti yakin menawarkan waranti motor selama 10 tahun bagi siri mesin basuh ini.

Penyaman Udara yang Mendinginkan Udara dan Membersihkan Habuk dengan Sendiri (RAS-VX13CJ)

Penyaman Udara Premium Inverter dari Siri Kamera Latar Hitachi memperkenalkan Mod Pembersihan Fros yang membantu penyaman udara ini membersihkan habuk dengan sendiri. Ia membekukan penukar haba di dalam kaset penyaman udara dan mencairkan fros dengan serta-merta untuk membasuh habuk yang terkumpul di dalamnya. Dengan Sistem Bersih Tanpa Kesan, kedua-dua laluan air dan udara kekal bersih dengan keluli tahan karat antibakteria.

Kamera Termo dan Imej, atau lebih dikenali sebagai Kamera Latar Berkembar “melihat” secara pintar untuk mengesan lokasi manusia dan tahap aktiviti mereka, dan ia juga mengambil kira kawasan terdapatnya cahaya matahari. Ia kemudiannya melaraskan aliran udara dan suhu untuk disesuaikan dengan kenaikan atau penurunan suhu bilik walaupun sedikit untuk memberikan tahap keselesaan yang sewajarnya. Air Sleep Feel juga melihat keadaan anda semasa tidur sepanjang malam dan melaraskan suhu dan kelembapan secara automatik kepada tahap yang optimum bagi peringkat tidur yang berbeza. Ini dapat membantu anda tidur lena setiap malam.

Teknologi Inverter Vector DC Hitachi yang terkenal menawarkan kapasiti pendinginan yang terbaik dan operasi yang boleh diharap walaupun dalam keadaan kuasa yang tidak stabil. Ia memantau gerak-geri pemampat dan keadaan aliran semasa sementara ia melaraskan putaran kelajuan pemampat pada setiap masa. Sistem ini mampu mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 62% berbanding model bukan inverter dan dapat mencapai kapasiti pendinginan sehingga 14,330 BTU/h.

Dengan setiap pembelian penyaman udara dalam siri ini, Hitachi menawarkan waranti 10 tahun bagi pemampat.

Hapuskan Habuk dengan Pembersih Vakum Pelbagai Nozel dari Siri Cyclone (CV-SE22V) oleh Hitachi

Pembersih Vakum Pelbagai Nozel dari Siri Cyclone menampilkan kemudahan Pelbagai Nozel Pembersih yang membolehkan anda membersih mana-mana bahagian kediaman anda dengan mudah. Ia didatangkan dengan rangkaian nozel yang mudah digunakan seperti Nozel 2 Langkah untuk ambal atau lantai, Nozel Pelbagai Sudut dan Nozel untuk Krevis untuk membersihkan lebih banyak habuk walaupun di kawasan yang paling tersorok di kediaman anda.

Pembersih vakum Hitachi dari jenis siklon ini menjana Siklon Berkuasa Tinggi dengan motor 2200W yang menghasilkan aliran udara yang kuat untuk menyedut habuk yang paling halus dengan berkesan. Habuk yang terkumpul dimampatkan oleh Sistem Pengasingan Habuk dan Udara Menggunakan Daya Emparan,membolehkan anda membuangnya dengan mudah dengan operasi satu sentuhan. Anda juga boleh menanggalkan Bekas Habuk yang Boleh Dicuci dan mencuci semua bahagian secara berasingan dengan air untuk mengekalkan kebersihannya.

Yang paling penting, siri ini mempunyai Penapis Nano Titanium dan Penapis HEPA(H13) untuk kesan antibakteria dan nyahbau yang hebat yang akan memerangkap dan menguraikan bau supaya kediaman anda lebih bersih. Berehatlah dengan selesa kerana anda tahu anda menghirup udara yang lebih bersih di kediaman anda, dan dengan setiap pembelian satu unit Pembersih Vakum Pelbagai Nozel dari Siri Cyclone, Hitachi menawarkan waranti satu  tahun bagi motor.

Periuk Nasi Pemanas Induksi (IH) dengan Inverter yang Paling Hebat untuk Nasi yang Lazat (RZ-JHE18Y)
Nasi adalah salah satu makanan utama rakyat Malaysia tetapi bukan senangnya untuk memasak jenis beras berbeza dengan baik. Periuk nasi Pemanas Induksi (IH) dengan Inverter Hitachi menggunakan teknologi pemanas yang termaju dari Jepun untuk menghasilkan daya magnet yang menjana haba dalam periuk itu sendiri untuk menghasilkan nasi yang sedap dan gebu dengan tekstur yang sepatutnya.

Dengan adanya Periuk Besi Ketebalan 3.6mm buatan Jepun, haba dialirkan dengan seragam untuk memasak nasi dengan rata, manakala pilihan yang boleh dibuat daripada Mod Beras yang berbeza akan memastikan hasil yang terbaik bagi jenis beras yang dimasak.

Masaklah hidangan kegemaran anda dengan panel paparan yang Mudah Digunakan dan Mod Resipi Automatik kerana kedua-dua fungsi membolehkan anda memilih daripada 40 resipi yang terdiri daripada masakan Thai, Vietnam, Melayu-Cina dan Jepun yang terdapat dalam buku masakan kalis air yang disertakan dengan periuk nasi ini. Periuk nasi IH Inverter juga adalah peralatan mesra alam kerana gabungan teknologi induksi dan inverter Hitachi membolehkan masakan dibuat dengan cepat, pada masa yang sama mengurangkan penggunaan tenaga.

Boleh didapati dalam warna Perang Emas, dengan 15 Mod Masakan termasuklah Mod Stim dan Rendidih, anda mungkin akan lebih rajin memasak hidangan gourmet untuk keluarga.

Hitachi menawarkan waranti umum selama satu tahun, waranti untuk  elemen pemanasan selama dua tahun dan waranti dalaman periuk selama tiga tahun untuk semua periuk nasi.

Ketersediaan Produk
Produk-produk ini sudah boleh didapati di gedung-gedung barangan elektrik yang utama serta kedai-kedai barangan elektrik di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk tersebut dan banyak lagi, sila layari www.hitachiconsumer.com.my.

[1] Diuji oleh Hitachi. Perbezaan bergantung kepada jumlah dan jenis sayuran.

[2] Ketahanan berat oleh Kaca Tahan Pecah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *