Menu

NIKMATI HARI YANG PENUH ISTIMEWA DENGAN NESPRESSO

3rd April 2018 - PRODUK BARU
NIKMATI HARI YANG PENUH ISTIMEWA DENGAN NESPRESSO

Kajiselidik baru dari Nespresso menunjukkan 91% orang minum kopi di dalam dan di luar rumah dan 56% meminum kopi mereka di waktu pagi , Nespresso mempunyai pilihan kopi, mesin dan aksesori edisi terhad yang unggul untuk disesuaikan dengan rutin pagi yang tersendiri bagi setiap orang, dan membantu menjadikannya lebih istimewa.

Kajian turut menunjukkan bahawa waktu pagi adalah masa di mana kita lebih gemar minum lebih banyak kopi dan memilih kopi yang berasaskan susu . Dengan menambahkan sedikit susu kepada kopi Nespresso kegemaran anda, anda boleh menambahkan perisa dan dimensi baru kepada pagi anda, dan ia membolehkan anda mencipta flat white yang paling berkrim dan cappuccino yang paling banyak buihnya.

Bagi yang ingin menikmati kreativiti di awal pagi, rangkaian mesin membancuh kopi Nespresso membolehkan anda menghasilkan corak susu dan seni latte anda sendiri, manakala mereka yang berulang ke tempat kerja pula boleh kelihatan bergaya semasa menghirup kopi dalam perjalanan dengan travel mug Edisi Terhad Nespresso.

Untuk merasai nikmat di waktu pagi (Espresso + Susu)
Ketahui bagaimana espresso kegemaran anda dapat menghasilkan perisa yang baru bila dibancuh sebagai cappuccino.
• Dharkan (40ml) – Aroma panggang dan smoky menyeduh sedikit cappuccino tetapi dilunakkan oleh unsur-unsur bijirin, coklat dan kacang.
• Ristretto (40ml) – Campuran biji kopi panggang yang kuat ini diimbangi oleh aroma bersusu yang lembut untuk menghasilkan cappuccino yang penuh perisa.
• Arpeggio (40ml) – Kopi dark roast yang berkeyakinan ini dapat menghasilkan cappuccino dengan rasa yang kuat dan berkarakter dengan begitu baik sekali.

Inginkan pilihan yang lebih sederhana bagi cappuccino anda?
• Volluto (40ml) – Espresso manis dengan rasa seperti biskut yang begitu menarik ini memberikan kesan rasa yang penuh perisa dan menghasilkan gabungan sempurna dengan buih bersusu yang tipis.
• Livanto (40ml) – Keharmonian seimbang aroma sederhana dan rasa panggang diperkayakan dengan kehalusan buih susu.
• Cosi (40ml) –Cappuccino dengan Cosi membawakan aroma bijirin yang dibakar, pada masa yang sama memberikan perisa seperti biskut, diperkayakan oleh tekstur yang lembut dan berlemak.

Adakah anda penggemar Latte Macchiato?
• Dharkan (40ml) – Rasa Dharkan Latte Macchiato yang manis dan ringan memberikan aroma kacang dan coklat yang kaya dengan buih mewah.
• Ristretto (40ml) – Aroma kopi panggang segar yang memuaskan dipelihara dan diperkuatkan dalam buih bersusu yang mewah.
• Arpeggio (40ml) – Aroma kopi dark Arabica panggang yang manis dan tersendiri tetap kekal walaupun di dalam buih berkrim.
• Volluto (40ml) – Perisa seperti biskut yang manis, diperkuatkan dengan sedikit keasidan, digabungkan dengan buah-buahan enak untuk menghasilkan aroma karamel yang disaluti buih berkrim.
• Livanto (40ml) – Espresso yang seimbang ini mempunyai aroma karamel panggang bila disaluti buih bersusu yang lunak.
• Cosi (40ml) – Sebagai Latte Macchiato, Cosi menjadi ringan dan halus, pada masa yang sama memelihara aroma bijirin yang dibakar untuk menghasilkan minuman bersusu yang lembut rasanya.

Untuk pagi yang lebih santai (Lungo + susu)
Nikmati Café Latte yang enak dengan rangkaian kopi Lungo kami
• Envivo Lungo (110ml) – Dinikmati sebagai Latte, digabungkan dengan kelunakan buih susu, Envivo Lungo Grand Cru menampilkan aroma kayu yang lembut dan menghasilkan aroma mentega yang sarat dan lazat.
• Fortissio Lungo (110ml) – Bila buih susu mula berbusa, Fortissio Lungo menampilkan kombinasi rasa yang kompleks namun seimbang, kerana aroma bijirin panggang berbaur dengan aroma biskut dan tofi manis, membawakan rasa yang lunak, halus dan sarat.
• Linizio Lungo (110ml) – Manis, lunak dan sarat dengan perisa berkrim, minuman yang kaya dengan buih ini mengimbangkan aroma bijirin panggang yang ringan dengan aroma biskut dan karamel.

MESIN
Pagi yang sempurna dengan hanya satu sentuhan
Lattissima One – Reka bentuk yang kompak dan premium memberikan detik yang memuaskan menerusi penyediaan Cappuccino dan Latte Macchiato yang paling berkualiti di rumah anda sendiri. Sistem susu segar yang baru dan inovatif membawakan tahap kemudahan yang lebih baik lagi dari segi penyediaan dan pembersihan.

AKSESORI EDISI TERHAD
Travel Mug – Amat sesuai untuk berulang-alik dengan kopi yang lebih banyak, travel mug Nespresso direka untuk mengekalkan kehangatan kopi anda selama yang diperlukan dan boleh memuatkan apa-apa jenis kopi sehingga 375ml.

Kit koleh View & cawan Recipe – Amat sesuai bagi mereka yang menggemari minuman yang lebih banyak, rangkaian View dibentuk khas untuk disesuaikan dengan tangan supaya dapat memberikan keselesaan semasa memegang secawan kopi pagi.

Kit cawan Pixie Lungo – Gabungan empat warna pagi untuk membangkitkan pengalaman menikmati kopi pagi di rumah dengan tona yang cerah dan berwarna-warni.

Lattissima One boleh didapati dari Nespresso di seluruh dunia, serta melalui pesanan dengan Nespresso Customer Care Centres dan secara dalam talian di www.nespresso.com.

Untuk maklumat lanjut dan pengalaman kopi yang unik dengan Nespresso, Awaken Your Senses di https://www.nespresso.com/my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *