Menu

WD-40® MEMPERKEMBANGKAN OPERASINYA DI ASIA TENGGARA!

3rd April 2018 - PRODUK BARU, SEMASA
WD-40® MEMPERKEMBANGKAN OPERASINYA DI ASIA TENGGARA!

Produk Pelbagai-Guna WD-40®, produk jenama Amerika Syarikat yang semakin dikenali dan dipercayai di dunia pada masa kini telah bersedia untuk menembusi pasaran Asia Tenggara lebih agresif dalam tahun ini terutamanya di Malaysia.

Sebagai sebahagian perancangan peluasannya, Bun Seng Hardware Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar pemasaran baru di Malaysia bagi syarikat WD-40. Bun Seng Hardware Sdn Bhd akan mengambil alih peranan pengedaran dan jualan bagi semua produk yang didaftarkan di bawah jenama WD-40® termasuk Produk Pelbagai Guna WD-40® , Specialist WD-40®  dan Bike WD-40®.

“Dengan rangkaian pengedaran Bun Seng Hardware Sdn Bhd yang luas, kami menjangkakan untuk mencapai jualan lebih daripada 2 juta botol produk WD-40® bagi tahun 2018, yang mana ia menyumbang kepada lebih 15% pertumbuhan berbanding tahun lepas. Kerjasama ini menandakan permulaan yang lebih agresif untuk produk WD-40®  memasuki rantau Asia Tenggara, terutamanya bermula dengan Malaysia terlebih dahulu. Kami akan terus meluaskan operasi dan rangkaian kami di rantau ini,” kata Pengarah Serantau Syarikat WD-40 –Asia, Mr Marcus Chen.

“WD-40® ialah jenama terkemuka isi rumah yang bukan saja berada di Amerika Syarikat, malah di banyak lagi negara di seluruh dunia pada masa ini termasuk di Malaysia bahkan sehingga setiap rumah atau garaj akan menjadi tidak lengkap tanpa memiliki botol yang berwarna biru dan kuning dengan penutup berwarna merah ini. Oleh itu, kami sangat berbangga dilantik sebagai pengedar pemasaran baru WD-40® bagi Malaysia dan kami menjangkakan kerjasama yang lebih baik dengan Syarikat WD-40,” kata Encik Wong Kian Wah, Pengarah Urusan Bun Seng Hardware Sdn Bhd.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *