Menu

MENCAPAI MASA DEPAN YANG LESTARI DENGAN COWAY MALAYSIA

4th April 2018 - SEMASA
MENCAPAI MASA DEPAN YANG LESTARI DENGAN COWAY MALAYSIA

Sekali lagi kita diingatkan bahawa pencemaran ekosistem membawa pencemaran air terhadap alam sekitar di seluruh dunia. Apabila ekosistem tercemar, keseimbangan semulajadi dalam system akan terganggu dan ini akan menjejaskan organisma dengan cara yang berlainan.

Menyedari fenomena ini, Coway Malaysia – salah satu pakar air terkemuka di dunia – mengumumkan dedikasi yang berterusan memainkan peranan utama dalam memulihara pembangunan alam sekitar yang mampan dan, paling penting sekali, menyebarkan pengaruh air bukan sahaja pada peranannya sebagai air minuman yang selamat, tetapi juga kepentingan air dalam semua aspek kehidupan sempena “World Water Day 2018”.

Encik Kyle Choi Ki-Ryong, Pengarah Urusan Coway Malaysia berkata air sentiasa mempunyai makna yang berjasa kerana ia adalah elemen yang penting kepada dunia, bukan sahaja untuk manusia hidup, tetapi bagaimana ia membawa tenaga murni kepada alam sekitar dan, sebaliknya, alam sekitar memberi tenaga baik kepada seluruh dunia.

“Kami sentiasa melihat air sebagai cara untuk menghilangkan dahaga kami atau sebagai salah satu elemen khasiat, namun kami terlepas gambaran besar, iaitu bagaimana air boleh mengimpak persekitaran kami, di rumah dan di alam sekitar.

“Kami berharap masyarakat dapat memahami sepenuhnya keupayaan air dalam kehidupan dan persekitaran di sekeliling kami, dan menggalakkan orang lain untuk memimpin gaya hidup sihat dengan penggunaan air minuman yang berkualiti,” kata Encik Kyle.

Sebagai inisiatif untuk mendidik masyarakat mengenai kehidupan yang murni dan sihat, Coway Malaysia menghadiahkan kepada media tempatan ‘Coway Live Pure Gift’, terdiri daripada tumbuhan Peace Lily dan segala-galanya yang diperlukan untuk seseorang memahami dan menjaga pertumbuhan tersebut. Aktiviti ini bertujuan untuk mendidik individu mengenai manfaat menghidratkan badan; menggalakkan air minum sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat, dan menunjukkan bahawa air sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita dan ekosistem. Dengan memupukkan kesedaran tentang kepentingan dan keperluan air untuk memulihara alam sekitar, ini akan membolehkan para peserta memahami bagaimana ekosistem dapat memberi manfaat kepada kita apabila mereka mempunyai akses mudah dan baik ke air berkualiti, dan sebaliknya.

“Bukan sahaja penting bagi kita untuk mengambil inisiatif memulihara dan menyelamatkan alam sekitar, penyebaran tentang sokongan air sebagai pilihan utama untuk kehidupan sihat yang tulen adalah tanggungjawab utama Coway bagi masyarakat,” kata Kyle.

Menghargai dan melindungi alam sekitar adalah budaya muktamad Coway yang menyumbang sejumlah pelaburan yang menakjubkan sehingga hari ini dalam memulihara alam sekitar dunia. Sebagai sebuah korporasi yang percaya bahawa kejayaan mereka berkait rapat dengan kelestarian dunia yang kita kongsi, Coway akan terus memajukan matlamat mereka untuk menggalakkan masyarakat untuk melanjutkan tanggungjawab dalam pemuliharaan alam sekitar, sambil memupuk gaya hidup yang sihat dan mampan.

“Di Coway, kami bertekad untuk mengintegrasikan kemampanan ke dalam segala usaha kita untuk memastikan penghasilan nilai-nilai berharga bagi masyarakat yang kami berkhidmat dengan bangga.”

Inisiatif ini juga mengikut dan menyokong rancangan pelancaran jenama baru Coway Malaysia yang akan diumumkan akhir tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Malaysia, sila layari https://www.coway.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *