Menu

SEPETANG BERSAMA “THE PHANTOM OF THE OPERA” DI KUALA LUMPUR

4th April 2018 - MUZIK, PENTAS/TV
SEPETANG BERSAMA “THE PHANTOM OF THE OPERA” DI KUALA LUMPUR

Sempena perayaan ulang tahun ke-30, muzikal Broadway – The Phantom Of The Opera, Milestone Production membawakan sebuah konsert bertaraf antarabangsa An Evening With The Phantom Of The Opera, konsert muzikal satu malam sahaja pada 18 April 2018, 8.30 malam di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Konsert tersebut bakal diterajui penyanyi muzikal handalan Michael Cormick dan Claire Lyon, yang pernah membintangi The Phantom Of The Opera sebagai watak utama. Diarahkan oleh pengarah muzik Bernard Walz, konsert selama 75 minit ini bakal membawa penonton ke zaman popular Opera dengan dendangan lagu-lagu Phantom yang pasti menggamit suasana.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah Phantom of The Opera, Music of The Night, Masquerade dan All I Ask of You, serta pelbagai lagu-lagu dari muzikal popular yang lain.

Konsert An Evening with The Phantom of the Opera dipersembahkan oleh Milestone Production. Tiket-tiket berharga RM398 (VVIP), RM298 (VIP), RM238 (CAT A) dan RM188 (CAT B) boleh didapati sekarang dan sebahagian daripada pulangan jualan tiket akan disalurkan kepada Tuanku Ja’afar Educational Trust.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milestone-entertainment.com atau hubungi talian 03-7932 1001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *