Menu

SONNO TAWAR PENGHANTARAN PERCUMA TILAM KE RUMAH

4th April 2018 - SEMASA
SONNO TAWAR PENGHANTARAN PERCUMA TILAM KE RUMAH

sleepsonno.com, ditubuhkan di Malaysia pada November 2017 kini merubah cara rakyat negara ini membeli tilam dengan kemudahan ia dipakej dan dihantar di dalam kotak terus ke rumah. Para pelanggan berpeluang untuk menguji tilam tersebut selama 100 hari sejurus selepas pembelian sebelum `tidur’ dengan Sonno. Konsep perniagaan baharu ini merevolusikan industri tilam dan peruncitan dalam talian secara keseluruhannya.

Tidur secara semula jadi merehatkan minda dan badan – seseorang meluangkan satu pertiga kehidupannya di atas tilam. Memahami kepentingan istirehat, Sonno yang merupakan istilah `tidur’ dalam bahasa Itali, memberikan pengguna sokongan tiada saingan daripada segi kemampatan tilam dengan keselesaan tinggi bantal sederhana keras. Kombinasi Sonno meliputi lapisan lima bitang diperbuat daripada latex asli dan getah berbusa memori yang membolehkan tilam menyediakan kontur dan menyokong keseluruhan badan. Selain itu, Sonno mempunyai keupayaan menghapuskan pergerakan, menyediakan manfaat besar bagi pasangan yang memiliki tabiat tidur berbeza. Teknologi Pindahan Pergerakan (Motion Transfer Technology) memastikan jika seseorang bergerak banyak semasa tidur, orang sebelahnya akan tetap tidur dengan aman.

“Membeli tilam adalah suatu pengalaman yang remeh dan memakan masa,’’ kata pengasas Fabio Miceli, yang memulakan perniagaan e-dagang bagi membolehkan rakyat Malaysia mengurangkan proses yang cukup meletihkan itu. “Kami lihat ada peluang untuk menjadikan proses itu lebih mudah dengan menukarkannya kepada secara dalam talian. Bonus tambahan bagi percubaan 100 malam memberikan pelanggan kami masa yang secukupnya untuk membuat keputusan kritikal dan mengubah kehidupan itu,’’ tambah beliau.

Pasaran global bagi tilam diunjurkan tumbuh pada kadar yang bagus ke tahun 2022 dan mencecah AS$30.09 bilion menjelang 2020 berdasarkan kajian oleh Reciprocus International pada 2016. APAC menguasai bahagian terbesar pasaran dan ia juga dikenal pasti sebagai rantau dengan pertumbuhan tertinggi dan mengekalkan kedudukan penerajunya dalam beberapa tahun akan datang. Pada masa yang sama, kajian Google dan Temasek Research pada 2016 mendapati pasaran Asia Tenggara adalah rantau yang internet paling pesat membangun di dunia dengan pasaran e-dagang dijangka tumbuh 16x menjelang 2025, mencecah AS$88 bilion. Sonno sekadar menyambungkan titik-titik antara dua trend pasaran yang jelas itu.

“Secara tradisinya, pengguna cenderung memberi tilam daripada kedai-kedai biasa tilam. Namun, para pengguna semakin selesa membeli-belah secara dalam talian. Sonno berhasrat merubah industri tilam dan menarik minat pembeli muda yang lazimnya agak segan dengan jurujual, memilih tempahan secara dalam talian dan proses melalui teknologi kerana ia lebih mudah. Platform Sonno mencantas orang tengah untuk menurunkan harga dan memberikan para pelanggan keupayaan untuk membeli-belah dari rumah,’’ kata beliau.

Dapatkan tidur yang berkualiti di https://www.sleepsonno.com atau lawat halaman media sosial kami untuk maklumat tambahan di Facebook: https://www.facebook.com/sleepsonno/ dan Instagram: https://www.instagram.com/sleepsonno/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *