Menu

ULANG TAHUN 11STREET DISAMBUT DENGAN JUALAN HEBAT

4th April 2018 - SEMASA
ULANG TAHUN 11STREET DISAMBUT DENGAN JUALAN HEBAT

11street (www.11street.my) meraikan ulang tahun ketiganya pada April ini dan mereka menyambutnya dengan memberikan semua pelanggan hadiah terbaik yang segalanya dalam angka tiga!

Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2015, 11street kini merupakan satu usahasama di antara Axiata Digital Services dan penyedia platform pasaran e-dagang Korea Selatan, SK Planet. Sebagai pasaran atas talian nombor dua di Malaysia, 11street mempunyai lebih 13 juta senarai produk daripada lebih 40,000 penjual di dalam platformnya.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim memberitahu sejak tiga tahun yang lalu, 11street menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam beberapa aspek operasi perniagaan, daripada produk hinggalah para penjualnya. Sebagai contoh, mulai tahun 2015 hingga 2017, 11street menyaksikan pertumbuhan lebih 300 peratus dari segi nilai dagangan kasar keseluruhan (GMV).

“Kami sangat teruja untuk meraikan pencapaian ini kerana kami yakin Malaysia dijangka menyaksikan kemajuan yang signifikan dalam industri e-dagang pada tahun 2018. 11street mahu menjadi peneraju dalam pertumbuhan industri ini dan terus memenuhi keperluan pembeli atas talian di Malaysia, di samping sentiasa meningkatkan pengalaman para pembeli,” kata Kim.

11street turut mencatat peningkatan lebih 200 peratus dalam jumlah keseluruhan penjual yang mendaftar di platformnya selain pertumbuhan lebih 160 peratus dari segi senarai produk dari tahun 2015 hingga 2017.

Kategori-kategori yang mencatat prestasi memberangsangkan termasuklah Bayi & Kanak-kanak, Telefon Mudah Alih & Tablet serta Kulit & Penjagaan Diri. Bukan itu sahaja, 11street juga telah menjual lebih 500,000 e-baucar produk makanan & minuman serta perkhidmatan pada tahun 2017. Produk paling laris adalah alat rakam video kereta, buku foto, serta baucar tiket wayang dan petrol.

11street mendedahkan bahawa dalam tempoh tiga tahun, semakin ramai pembeli membuat pembelian secara atas talian untuk produk-produk Automotif, Hiasan Rumah, Jam Tangan Pintar serta Barang Kemas & Aksesori Wanita.

Kategori-kategori ini disifatkan sebagai kategori paling pantas berkembang berdasarkan kepada jumlah pesanan yang diterima oleh 11street sementara jenama yang memperlihatkan prestasi cemerlang ialah Firefly, Laneige, Petronas, Samsung dan Unilever. Selain itu, dapatan juga menunjukkan tiga negara teratas yang mempunyai produk-produk terlaris dan menerima jumlah tempahan paling banyak daripada pembeli di Malaysia ialah China, Korea dan USA.

Tambah Kim lagi, “Kami tidak merancang untuk memperlahankan rentak buat masa sekarang! Selain daripada jumlah penjual yang mendaftar dengan pasaran atas talian, 11street sentiasa komited untuk menambah baik kualiti penjual menerusi program pembangunan penjual, Seller Zone dan 11street Academy – program persijilan e-dagang yang pertama mendapat pengiktirafan di Malaysia.

“Kami amat berterima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan dan kesetiaan mereka selama ini. Pada tahun 2018, kami akan terus komited untuk memperkayakan kehidupan harian rakyat Malaysia dengan membawakan rangkaian pilihan produk yang luas, daripada barangan khas sehinggalah keperluan harian pada harga kompetitif kepada pengguna.”

Bagi meraikan ulang tahun ketiga dan semua pencapaian yang telah berjaya dicapai setakat ini, 11street akan berkongsi kejayaannya dengan menyediakan tawaran hebat kepada para pelanggan. Ia turut merangkumi peraduan-peraduan menarik, pelbagai kupon diskaun serta hadiah bernilai RM50,000.

Mulai 1 hingga 13 April, 11street akan memulakan Jualan Pantas Hari Jadi yang menawarkan pelanggan atas talian pelbagai produk pada harga bermula RM3 selain pelancaran Jualan Penghabisan Stok Antarabangsa yang menyediakan penghantaran pantas dalam tempoh 7 hari untuk semua produk yang ditawarkan dari Korea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *