Menu

MISSION FOODS & EMBORG: SERASI BERSAMA MERAIKAN RAMADAN RAYA DENGAN KEMPEN #PERFECTTOGETHER

15th May 2018 - SELERA
MISSION FOODS & EMBORG: SERASI BERSAMA MERAIKAN RAMADAN RAYA DENGAN KEMPEN #PERFECTTOGETHER

Gabungan yang sempurna, peneraju roti leper Mission Foods dan produk tenusu terbesar Emborg telah bergabung melancarkan kempen #perfecttogether bersama lagenda kulinari, Cef Wan. Kempen #perfecttogether ini menjanjikan kelainan kreativiti resipi hasil daripada gabungan kedua-dua produk jenama ini dengan pelbagai cara yang lazat dan menyenangkan.

Sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelangnya Hari Raya, Cef Wan akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya yang akan digabungkan bersama produk Mission Foods dan Emborg. Sebanyak 10 resipi #perfecttogether mudah dan cepat boleh didapati secara dalam talian dalam bentuk video yang boleh ditonton oleh pengguna sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja mereka berada.

“Kolaborasi bersama  Mission Foods dan Emborg untuk kempen ini benar-benar merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan berinspirasi. Ramadan dan raya segala-galanya mengenai keluarga, sahabat dan orang tersayang untuk berkongsi makanan sama ada ketika bersahur atau pun sewaktu berbuka puasa. Oleh itu, resipi-resipi ini dihasilkan bersama gabungan bahan-bahan terbaik daripada Mission Foods dan Emborg. Kedua-dua produk ini benar-benar #perfecttogether,” kata Cef Wan, seorang tukang masak antarabangsa yang terkenal dan juga merupakan ‘khazanah’ negara.

Baru-baru ini, satu sesi ramah mesra bersama media telah diadakan sempena pelancaran kempen #perfecttogether. Para tetamu berpeluang menjadi orang pertama untuk mendalami  kempen tersebut dan tidak ketinggalan demonstrasi masakan oleh cef selebriti, Cef Wan sendiri. Antara resipi yang menjadi pilihan ialah wraps murtabak kambing, piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang. Dalam demonya, Cef Wan turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan kedua-dua produk tersebut termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan. Penonton menjadi saksi makanan yang dibuat menggunakan Mission Foods dan Emborg mudah, berkhasiat dan enak – menjadikannya makanan ideal untuk Ramadan di mana masyarakat lebih cenderung meminimumkan masa untuk memasak ketika Ramadan.

“Kerjasama #perfectogether dari Mission Foods dan Emborg menggabungkan tekstur dan campuran bahan-bahan berkualiti,  pelengkap antara satu sama lain. Kepelbagaian produk Mission juga adalah kanvas yang sempurna untuk menghasilkan apa juga jenis resipi Malaysia, dari Naan hinggalah Supersoft Wraps dan kerepek jagung ranggup yang kaya dengan pelbagai perisa. Produk-produk Emborg seperti Cook & Bake, keju Cheddar Topping, mentega dan krim memasak menambahkan lagi keenakan rasa di dalam setiap masakan,” kata Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan.

Bercakap mengenai kerjasama tersebut, Kennet Paulsen, Country Manager untuk Emborg berkata, “Kami sentiasa mencari cara dalam usaha meningkatkan pengalaman para pengguna untuk menikmati produk kami dan kolaborasi #perfecttogether antara Emborg dan Mission Foods pastinya cara sempurna untuk menjayakan usaha ini. Pengguna menikmati produk Emborg yang paling baik kualitinya dan kini kami menggabungkan dengan produk Mission Foods dalam resipi yang lazat sepanjang Ramadan dan Hari Raya yang menjelang tiba.”

Jangan ketinggalan, kempen akan bermula Mei ini dan ia pastinya akan membangkitkan selera anda dengan resipi yang mudah disediakan untuk sekeluarga. Kesemua siri resipi ini juga akan dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Misssion Foods  Malaysia, Emborg dan media sosial Cef Wan untuk dinikmati semua. Di Instagram, anda boleh lawati laman-laman ini: @missionfoods.my; @emborgasia; dan @ _chefwan58; manakala untuk Facebook pula, anda boleh layari: https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia/ dan https://www.facebook.com/EmborgMalaysia/

Acara ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti masakan seperti Juliza Adzlizan, Didie Nasir dan Danish Harraz yang merupakan sebahagian daripada kempen ini dan turut berkongsi resipi masing-masing bersama resipi Chef Wan #perfecttogether.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Mission Foods dan Emborg di www.missionfoods.com.my dan www.emborg.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *