Menu

ERATKAN KEHARMONIAN DI BULAN RAMADAN DAN RAYA BERSAMA THE COFFEE BEAN & TEA LEAF

18th May 2018 - PRODUK BARU, SELERA, SEMASA
ERATKAN KEHARMONIAN DI BULAN RAMADAN DAN RAYA BERSAMA THE COFFEE BEAN & TEA LEAF

The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) meraikan bulan Ramadhan dan kemeriahan Raya dengan pilihan hidangan istimewa, sesuai untuk dinikmati di waktu santai ‘Coffee, Tea & Harmony’ bersama rakan dan keluarga . Nikmati dua hidangan istimewa terbaharu iaitu Sundanese Salad yang dilengkapi dengan tempe, daun salad romaine, telur, tauhu dan sos kacang enak serta pencuci mulut Chocolate Harmony Cake yang disaluti lapisan coklat lazat!

“Setiap kali tibanya bulan Ramadhan dan Hari Raya, kemeriahannya pasti terasa. Tahun ini, kami ingin menjadikan ‘Coffee, Tea & Harmony’ lebih bermakna bagi pelanggan-pelanggan kami dengan menawarkan hidangan lazat untuk dinikmati bersama orang tersayang,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Meskipun The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) adalah jenama global, kami masih mengetengahkan bahan-bahan tempatan ke dalam menu kami, contohnya kek kegemaran ramai iaitu The Straits Cake yang mengandungi Pandan dan Gula Melaka.”

Terdapat juga pilihan minuman kopi baharu iaitu Sea Salt Caramel dan Coconut Caramel untuk dinikmati! Sea Salt Caramel menggabungkan garam laut dan kemanisan karamel, ditambah dengan taburan karamel masin. Coconut Caramel pula mengandungi rasa tropika dengan tambahan sos karamel. Kedua-dua minuman boleh dinikmati sama ada panas, sejuk, atau Ice Blended® bermula dari sekarang hingga 4 Julai di semua cawangan CB&TL, dengan harga bermula dari RM14.50 hingga RM16.50.

Bukan itu saja, bermula dari sekarang hingga 14 Jun 2018, pelanggan boleh menikmati satu hidangan pencuci mulut percuma dengan promosi Ramadhan Late Night Dessert Special. Anda hanya perlu membeli dua (2) minuman 12oz, bermula dari 8 malam hingga waktu tutup. Pasti seronok menikmati hidangan pemanis mulut selepas berbuka puasa bersama orang tersayang!

Untuk maklumat lanjut ‘Coffee, Tea & Harmony’, sila layari laman Facebook CB&TL (www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage) atau Instagram @coffeebeanMY, atau kunjungi laman web www.coffeebean.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *