Menu

THE CURVE MERAIKAN PERJALANAN BALIK KAMPUNG PENUH KENANGAN

1st June 2018 - SEMASA
THE CURVE MERAIKAN PERJALANAN BALIK KAMPUNG PENUH KENANGAN

Dengan kemeriahan Hari Raya yang bakal menjelma, the Curve bakal menyemarakkan susasana perayaan dengan  membawa kembali memori silam dan suasana nostalgia zaman kegemilangan keretapi di era 50an-60an kepada para pengunjungnya.

Bertemakan Senandung Syawal, kempen Hari Raya di the Curve akan berlangsung selama sebulan dari 18 Mei ke 17 Jun 2018 dengan mempamerkan konsep nostalgia berinspirasikan pulang ke kampung halaman dengan menaiki keretapi. Dekor raya pilihan the Curve pastinya akan memukau para pengunjung apabila Centre Court telah diubah suai kepada stesen kereta api di era 50an-60an yang mempamerkan binaan stesen keretapi kayu klasik berserta platform menunggu dengan barisan bangku kayu, landasan keretapi dan replika keretapi vintaj berwarna merah gelap yang cukup sinonim dengan era klasik.

Replika kereta api vintaj yang berukuran 20 kaki panjang itu mampu memuatkan 12 orang penumpang pada satu-satu masa dan pastinya, para pengunjung the Curve tidak mahu melepaskan peluang untuk menaiki kereta api vintaj yang akan dibuka masuk buat para pelanggan untuk sesi foto kenangan ala klasik bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Konsep ini pastinya akan memberikan sentuhan sentimental dan imbasan nostalgia pulang ke kampung halaman di zaman silam bagi generasi lama dan pada waktu yang sama, bakal memberikan pengalaman budaya bagi generasi yang muda.

Menurut Encik Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve, “Kita sangat beruntung dapat dibesarkan di dalam negara yang cukup kaya dengan warisan budaya yang penuh dengan sejarah silam. Oleh itu, pada tahun ini kami ingin menerapkan kempen hari raya yang bakal menghidupkan kembali sejarah nostalgia pulang ke kampung dengan menaiki keretapi. Kami berharap kempen ini dapat menghidupkan kembali memori masa silam dan mengingatkan kita semua akan kegembiraan dan ketidaksabaran untuk menemui keluarga dan insan tersayang ketika dalam perjalanan pulang ke kampung dimusim perayaan.

Diharapkan kempen Senandung Syawal pada tahun ini dapat mengamit semula memori indah dan sekaligus meraparatkan hubungan kasih sayang antara keluarga dan sahabat handai.

Bagi mewujudkan lagi susana kisah silam untuk pulang beraya, the Curve juga akan mengadakan persembahan tari muzikal Bertemakan ‘Senandung Syawal’ Dance Musical Show, dua kali sehari pada setiap hujung minggu dan cuti umum.  Persembahan itu akan menampilkan kostum berwarna-warni dan gerak tari tradisional termasuk joget dan zapin.

Para pengunjung the Curve juga bakal didendangkan dengan muzik alunan berirama klasik dari Allahyarham P.Ramlee, Allahyarhamah Saloma  berserta  persembahan muzikal Eid Musika yang memaparkan alat-alat muzik seperti akordion, gitar, biola, seruling dan gambus.

Kehadiran vendor yang menawarkan pelbagai pilihan kelengkapan Hari Raya, yang merangkumi pakaian, aksesori, hamper serta barangan lain pada kempen kali ini pasti memberikan pelbagai pilihan kepada pengunjung yang mengunjungi the Curve untuk membuat persiapan sempena musim perayaan kali ini.

Bukan itu sahaja, para pengunjung yang berbelanja dengan nilai minimum RM200 dalam maksimum dua resit membolehkan mereka menebus Paket ‘Salam Restu Raya’ yang eksklusif.

Bagi pelanggan yang berbelanja pada kadar minimum RM480 dalam maksimum dua resit pula berpeluang untuk membawa pulang sebuah set Bantal-Selimut 2-dalam-1 ‘Snugg Raya’. Kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Kempen Raya the Curve 2018 adalah hasil kerjasama antara the Curve dan rakan kongsi kempen rasmi pusat beli belah tersebut iaitu ‘Presto’. Bersempena kempen kerjasama Presto Rai Raya di the Curve, para pelanggan boleh mengambil bahagian dalam pertandingan HeyPresto! untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Untuk menjadi peserta, para pengunjung perlu mencari figurin Presto dan rakan-rakannya yang akan berada di sekitar kawasan pusat membeli belah the Curve (para pelanggan boleh merujuk kepada halaman Facebook Presto Universe untuk cara-cara penyertaan).

Sebaik sahaja Presto dan Rakan-rakan ditemui, muat naik gambar Wefie bersama salah satu daripada mereka ke laman Facebook dengan memilih muat naik (post) “awam” dan menggunakan hashtag #HeyPrestoAtCurve. Presto juga akan memberi ganjaran kepada tiga muat naik dengan ‘like’ tertinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sambutan Hari Raya the Curve pada tahun ini, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau kunjungi laman web www.thecurve.com.my atau laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *