Menu

GUARDIAN MALAYSIA RAI 100 KANAK-KANAK DENGAN SESI MEMBELI-BELAH ISTIMEWA

7th June 2018 - SEMASA
GUARDIAN MALAYSIA RAI 100 KANAK-KANAK DENGAN SESI MEMBELI-BELAH ISTIMEWA

Guardian Malaysia hari ini membawa selebriti terkenal tanah air – Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana – untuk turut serta dalam sesi membeli-belah dan iftar istimewa bersama 100 kanak-kanak.

Sesi istimewa tersebut adalah bagi meraikan kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves, Selangor dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Farahani Failul Rahman, yang mengetuai pasukan Guardian dalam menganjurkan acara tersebut di Pusat Latihan Kecemerlangan Dairy Farm di Bandar Kinrara berkata:

“Sebagai rakyat Malaysia, kami tahu bahawa Ramadan adalah bulan yang mulia dimana menjaga kebajikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah amat digalakkan. Dan setiap tahun, dengan semangat memberi dan berkongsi, Guardian Malaysia akan memainkan peranan kami dalam memberi sumbangan dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

“Ramadan ini, Guardian Malaysia telah memutuskan untuk memberikan pengalaman dan kenangan membeli-belah yang cukup istimewa kepada kanak-kanak dari dua buah rumah kebajikan ini.”

“Selain daripada baucar RM100 untuk membeli-belah di Guardian dan Giant, dimana kanak-kanak ini boleh membeli barangan keperluan Hari Raya mereka, kami turut memberikan satu kejutan istimewa buat mereka!

Apa lagi kalau bukan kehadiran empat orang personaliti terkenal, yang mewakili kempen Hari-Hari Cun Guardian Malaysia, untuk menceriakan lagi pengalaman membeli-belah kanak-kanak ini dan berkongsi tip-tip berguna tentang tawaran-tawaran hebat yang terdapat di Guardian,” tambah beliau.

Pasukan Guardian Malaysia dan selebriti-selebriti turut berbuka puasa bersama-sama dengan kanak-kanak tersebut.

Jelas Shirley lagi, Guardian berharap agar kanak-kanak ini – lelaki dan perempuan, berusia diantara 4 hingga 17 tahun – akan membawa pulang kenangan yang manis, yang dikenang untuk selamanya.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terbaru di Guardian, sila layari https://guardian.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *