Menu

VELOCITY MOTOR SHOW KEMBALI SEMULA UNTUK KALI KETIGA

28th June 2018 - SEMASA
VELOCITY MOTOR SHOW KEMBALI SEMULA UNTUK KALI KETIGA

Dunia permotoran telah sebati dalam hati rakyat Malaysia. Beberapa syarikat automotif sentiasa memenuhi acara dalam kalendar yang dijalankan setiap tahun yang mana pemain tempatan menjadi pendahulu untuk memacu industri ke arah yang lebih tinggi.

FitzGerald Events, yang diasaskan oleh Jason Tan, adalah syarikat yang dikenali ramai dalam dunia automotif. Lebih dikenali dengan penganjuran Velocity Motor Show (VMS), iaitu gaya hidup dalam automotif yang menarik lebih 10,000 pengunjung pada 2017, kini VMS akan diadakan semula sekali lagi untuk tahun ketiga berturut-turut.

Kunjungilah dan alami bahang Velocity Motor Show 2018 dari 15 hingga 17 September di tempat letak kereta luar (Outdoor Carpark), Plaza Arkadia di Desa Park City, Kuala Lumpur. Peminat di seluruh negara dan rantau datang bersama sebagai satu komuniti untuk acara tersebut, yang mempamerkan jentera beroda secara penuh kesempurnaan dan mengkagumkan. Pelbagai aktiviti menarik menunggu anda. Hadiah percuma melebihi RM5,000 akan diberikan untuk satu tempahan kereta baharu sepanjang acara tiga hari yang dijalankan itu. Bayaran masuk ialah RM10.

FitzGerald Events juga turut melangkaui keupayaannya dengan melibatkan diri dalam industri media. Baru-baru ini dalam satu majlis prapelancaran ia memperkenalkan AutoCulture Malaysia, jenama media automotif pelbagai platform sebagai dedikasi terkini. AutoCulture Malaysia dikendalikan oleh FitzGerald Media, iaitu syarikat penerbitan milik Jason Tan.

AutoCulture Malaysia adalah sebahagian daripada AutoCulture Asia berpangkalan di Singapura yang francaisnya dibawa menyeberang tambak oleh Jason Tan dengan harapan untuk menyediakan landasan yang menyatukan segala berkaitan dengan permotoran.

AutoCulture Malaysia merangkumi AutoCulture Online Magazine dan AutoCulture Studio. AutoCulture Online menumpukan digital dalam talian dan kandungan video meliputi semua hal automotif, termasuklah cabaran-cabaran dunia, drift dan perlumbaan drag, pertemuan kelab kereta, pertunjukan kereta, kereta baharu dan ciri-ciri kereta berprestasi tinggi; manakala AutoCulture Studio mewujudkan kandungan serantau yang menarik dan tulin yang mampu menarik penonton daripada semua lapisan masyarakat yang bersemangat untuk modifikasi dan mengubah suai kereta.

Dalam lendskap media yang semakin padat, AutoCulture Online Magazine menyasarkan untuk menjadi tumpuan dalam kalangan mereka. Kandungan dalaman dan agensi kreatif telah banyak berkhidmat kepada jenama automotif dan perlumbaan di rantau ini.

AutoCulture Malaysia bakal menjadi sumber utama kepada syarikat automotif atau pencinta kereta untuk mengetahui acara-acara mega di pentas dunia. AutoCulture akan bertindak sebagai platform dalam talian untuk cetakan, bahan tambahan dalam talian atau majalah yang didedikasi untuk syarikat atau jenama dan diedarkan kepada mereka menerusi platform dan saluran, termasuklah pelbagai siri acara tahunan yang dianjurkan oleh AutoCulture dan rakan-rakannya.

Untuk kemas kini terkini mengenai Velocity Motor Show 2018, sila layari facebook.com/VelocityMotorShow dan nantikan apa yang akan tiba di AutoCulture Malaysia di facebook.com/AutoCulture.MY/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *