Menu

YUNG RAJA MELANCARKAN MUZIK VIDEO SINGLE PENGENALAN – MUSTAFA

5th July 2018 - MUZIK
YUNG RAJA MELANCARKAN MUZIK VIDEO SINGLE PENGENALAN – MUSTAFA

Penyanyi hip hop semakin meningkat naik Yung Raja akan melancarkan single (diterbitkan oleh Flightsch) dan muzik video (arahan Jasper Tan dari VadBibes), Mustafa, hari ini.

Mustafa bukan saja memfokuskan perkembangan Yung Raja sebagai penyanyi rap, tetapi menetapkan penanda aras baru dalam kesenian industri hip hop Singapura. Di mana kebanyakan penyanyi rap tempatan melihat dan meniru pengaruh dari Barat, Yung Raja sebaliknya teguh memperjuangkan asal usulnya sebagai Tamil — gabungan budaya dan kreatif yang sangat berbaloi serta menggumpul peminat daripada komuniti berbahasa inggeris dan Tamil di sekitar rantau Asia Tenggara. Ia adalah impian peribadinya sebagai artis iaitu “bagi menyerlahkan budayanya menerusi hip hop”. Menerusi suntikan rap Tamil, Yung Raja benar-benar menggalas peranan serta perjalanannya sebagai pejuang budaya yang moden.

Lagu serta muzik video Mustafa boleh mula dimuat naik serta distrim di semua platform digital bermula 29 Jun 2018. Pautannya di sini: https://lnk.to/yungrajamustafa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *