Menu

RAIKAN PIALA DUNIA FIFA 2018 DI THE CURVE DAN ECURVE

11th July 2018 - REKREASI, SEMASA
RAIKAN PIALA DUNIA FIFA 2018 DI THE CURVE DAN ECURVE

Dengan kehangatan Piala Dunia FIFA 2018 yang sedang berlangsung, keseronokan dan keterujaan terus dirasai! Para peminat bola sepak di seluruh dunia bersorak gembira untuk pasukan kegemaran mereka menuju ke separuh akhir kejohanan itu. Dengan ‘demam bola sepak’ yang semakin hangat, the Curve dan eCurve telah berkolaborasi untuk membawa kemeriahan kepada peminat bola sepak dengan kempen terbaru mereka, Road to Glory!

Mengambil tempat di Fashion Court the Curve dan Centre Atrium eCurve, penggemar bola sepak dijemput untuk menyertai pelbagai permainan dan aktiviti menarik yang disediakan.

Dari 6-15 Julai 2018, Fashion Court di the Curve akan diubah menjadi arena yang menampilkan pelbagai booth permainan bertemakan bola sepak. Para pengunjung berpeluang untuk bermain Nintendo Switch, atau mencuba permainan Realiti-Maya PlayStation 4. Selain itu, penggemar sukan bola sepak boleh menunjukkan kemahiran mereka di tapak Foot-Pool dan Bola Sepak Velcro Dart. Ingin beristirahat sambil menikmati suasana bola sepak? Jangan bimbang, Fashion Court juga akan dilengkapi dengan ruang tempat duduk dengan skrin TV yang menyiarkan perlawanan terbaru dan sorotan perlawanan terkini.

Melalui kempen ini juga, the Curve turut berkerjasama bersama Birkenstock menyediakan hadiah-hadiah hebat bernilai RM4,000 untuk pengunjung! Sertailah dan menangi permainan Foot-Pool atau Bola Sepak Velcro Dart untuk berpeluang memutarkan Wheel of Fortune, yang menawarkan pelbagai barangan dan baucar tunai kepada pemenangnya! Peluang untuk memutar Wheel of Fortune berlangsung dari 6-8 Julai dan 13-15 Julai.

Di samping itu, para pengunjung yang berbelanja RM150 dalam maksimum dua resit di the Curve boleh menebus Kool Kicks Shoe Bag. Semua penebusan tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Sementara itu, bagi menyemarakkan lagi kehangatan musim Piala Dunia ini, eCurve akan menganjurkan kejohanan FIFA 18 Football bagi penggemar permainan video dan para peminat bola sepak. Pusingan kelayakan akan diadakan pada 7-8 Julai 2018, dan pemain-pemain yang berjaya akan ke peringkat akhir pada 14-15 Julai. Lebih daripada 250 orang peserta bakal bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan. Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM1,500 dan RM1,000.

Di samping kejohanan FIFA 18 Football, eCurve juga akan menjadi tuan rumah kepada cabaran permainan mudah alih Dragon Nest M. Terbuka kepada lebih daripada 100 peserta untuk mempamerkan kemahiran pertempuran mereka dalam permainan, RM1,500 menanti Juara cabaran tersebut manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM1,000 dan RM500.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve, berkata, “Piala Dunia kembali lagi melanda rakyat Malaysia pada tahun ini! Kita semua tahu bahawa sukan bola sepak sangat popular dan the Curve amat berbesar hati kerana dapat menawarkan pengunjung pusat membeli-belah kami dengan cara yang unik untuk menikmati musim Piala Dunia FIFA 2018. Sebagai pusat membeli-belah yang mesra keluarga, kami yakin bahawa aktiviti-aktiviti yang kami anjurkan pasti menarik minat semua peringkat umur.”

Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve menambah, “Ini adalah salah satu acara sukan paling digemari di seluruh dunia dan kini, para pelanggan kami juga akan berpeluang untuk turut bermain di Piala Dunia – secara maya! Kami sangat teruja untuk menambah keseronokan ini dengan tawaran wang tunai berjumlah RM8,000 yang bakal dibawa pulang oleh pemenang kedua-dua cabaran permainan kami. Tiada cara yang lebih baik untuk meraikan kegilaan bola sepak yang kini membanjiri seantero dunia!”

Penyertaan adalah percuma untuk semua aktiviti yang diadakan sepanjang kempen Road to Glory the Curve dan eCurve.

Ingin ketahui lebih lanjut? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau kunjungi www.thecurve.com.my atau laman Facebook Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall. Untuk Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve, sila hubungi 03-7725 0277 atau kunjungi www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *