Menu

“WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN” DI SALURAN LIFETIME® ASIA

19th July 2018 - PENTAS/TV
“WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN” DI SALURAN LIFETIME® ASIA

Saluran A+E Networks iaitu LIFETIME Asia akan menayangkan WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN, suatu rancangan enam bahagian yang berkonsepkan digital pada 23 Julai 2018. Siri ini dihoskan oleh personaliti media sosial Singapura yang terkenal, Yeoh Mong Chin. Siri yang dinantikan ini membawanya mengembara ke enam buah negara di Asia Tenggara dalam masa lapan minggu: Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Penerbitan rancangan ini menandakan kerjasama terbaharu antara LIFETIME Asia dan Canon.

Mong Chin atau lebih dikenali sebagai ‘Mongabong’ di kalangan pengikut Instagramnya mula mencipta nama menerusi minatnya dalam fesyen, kecantikan, pelancongan dan makanan. Kariernya bermula 5 tahun lepas dan sehingga kini, beliau telah mengumpul sebanyak 147,000 pengikut di Instagram. Kemunculannya dalam rancangan bersiri ini merupakan pengenalan pertamanya di kaca TV dan mencatat kejayaan baharu dalam kariernya.

Mong Chin akan mengembara ke seluruh Asia Tenggara untuk mencari lokasi-lokasi unik yang jarang dikunjungi pelancong. Beliau yang baru mengenali dunia marathon akan dibantu oleh beberapa individu yang mempunyai minat yang sama dalam larian, muzik, makanan, fesyen dan banyak lagi. Menurut Mong Chin, “Walaupun ini adalah pengalaman pertama, tetapi saya berasa seronok kerana dapat melakukan perkara yang suka iaitu mengembara, mencuba makanan baharu dan fotografi. Melalui WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN saya belajar untuk tidak cepat berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran. Ia juga memberi saya peluang untuk lebih mengenali pengikut saya di media sosial. Rancangan ini adalah platform terbaik untuk saya berkongsi pengalaman menarik dengan mereka melalui pendekatan yang unik dan asli.”

WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN di LIFETIME Asia menggunakan pendekatan secara digital dimana pengikut Mong Chin dan penonton LIFETIME Asia dapat mengikuti pengembaraannya secara eksklusif secara langsung di lokasi semasa siri ini dirakam. Penonton boleh berinteraksi bersama Mong Chin dengan lebih dekat, sambil melihat kehidupan seorang ‘influencer’ yang terkenal.

Rancangan ini selaras dengan misi LIFETIME Asia untuk sentiasa menyokong dan menghargai wanita dalam dunia penyiaran dan mengetengahkan lagi peranan wanita dalam media massa.

Edwin Teoh, Ketua Pemasaran, Operasi Domestik, Canon Singapura berkata, “Canon mempunyai kepakaran dalam menghasilkan solusi pengimejan berkualiti tinggi dan ini menjadikan kami sebagai pilihan utama buat pengguna yang ingin menerbitkan kandungan secara pantas. Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan A+E Networks dalam menghasilkan produksi siri digital pertama mereka. Kamera Canon EOS M50 tanpa cermin terbaharu dengan keupayaan merakam video 4K dan pindahan imej secara pantas ke peranti mudah alih akan membuatkan penonton berasa lebih teruja untuk mengikuti pengembaraan Mong Chin.”
Aktiviti-aktiviti menarik dalam WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN

1. Singapura
Pengembaraan Mong Chin bermula di tanah airnya sendiri, Singapura. Beliau akan menyertai ILLUMI Run, sebuah acara larian santai dengan iringan muzik rancak, pancuran air bercahaya dan zon-zon tarian. Beliau turut tidak melepaskan peluang menyertai acara kayak di Punggol Waterway bersama Ministry of Adventure. Selain itu peminat akan dapat menyaksikan aksi-aksi akrobatik Mong Chin ketika berlatih bersama kumpulan Toruk: The First Flight by Cirque du Soleil. Di Boufe Café, Mong Chin akan berkongsi hidangan-hidangan pemanis mulut yang lazat dan cantik untuk diposkan di Instagram.

2. Malaysia (Kuala Lumpur)
Mong Chin bersama pelari-pelari dari seluruh dunia akan menyertai acara larian terkemuka di bandar ini iaitu Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon. Sebelum itu, Mong Chin perlu memastikan tahap kecergasannya berada pada tahap memuaskan. Bagi membantu persediaannya, beliau akan dilatih oleh jurulatih peribadi dan usahawan, Nana Al Haleq. Selain itu Mong Chin juga bertemu dengan artis batik, Lazim Ismail dan Nadia Hasbi untuk mereka seluar sukan bercorak batik. Seorang penggemar kopi, Mong Chin tidak melepaskan peluang untuk mempelajari seni membuat latte di Juan Valdez, kafe yang terkenal dengan kopi berkualiti.

3. Thailand (Chiang Mai)
Larian Singha Songkran Chiang Mai diadakan untuk meraikan Tahun Baharu Thai. Larian yang diadakan pada waktu malam ini adalah sebahagian daripada sambutan selama empat hari di Chiang Mai. Saksikan pengalaman pertama kali Mong Chin bermain air sambil berlari bersama penduduk tempatan dan pelancong lain di sepanjang jalan di Bandar Lama Chiang Mai. Beliau juga akan mendaki Air Terjun Bua Ton yang unik. Air terjun itu bukan sahaja cantik tetapi mempunyai keunikan yang membolehkan pengunjung memanjat batu-batu di dalam air terjun dengan senang walaupun melawan arus yang deras. Paling menarik, Mong Chin turut berpeluang memberi makan dan bermain dengan kambing biri-biri di Farmyard Café sambil menikmati pemanis mulut ais popular – bingsu mangga!

4. Vietnam (Hanoi)
Di Hanoi, Mong Chin menyertai Hash Hound Harriers, sebuah kelab larian tempatan dalam sebuah ekspedisi di kawasan kampung. Mereka perlu mengikuti trek yang telah ditetapkan oleh ‘Hares’ sebelum sampai ke lokasi misteri dan Mong Chin turut diberi peluang membantu anggota Hares membuat trek. Di bandar Hanoi, Mong Chin menunggang Vespa dan menyinggah sebentar di Unicorn Pub untuk menikmati Pho Cocktail. Beliau turut melalui Train Street di Bandar Lama Hanoi. Mong Chin berkesempatan memenuhi jemputan seorang penduduk tempatan untuk merasa hidangan asli Hanoi di rumahnya. Bagi mengakhiri pengembaraannya di Vietnam, Mong Chin menyertai sebuah parti bertemakan pembunuhan misteri tahun 1920-an yang memerlukan peserta meneka siapakah pembunuh misteri sebelum tengah malam!

5. Indonesia (Lombok)
Sebagai persediaan untuk menyertai larian Rinjani 100 yang terkenal, Mong Chin melawat gunung berapi kedua terbesar di Indonesia, Gunung Rinjani, dan menyertai larian pendek Bukit Sisek. Mong Chin turut bertemu Chelsea Etienne, pemilik Island Mermaids, sekolah pertama di dunia yang mengajar gaya renangan ikan duyung di laut! Beliau tidak melepaskan peluang berenang sebagai ikan duyung dan turut dibawa ke Pantai Pandanan menaiki bot berlantai cermin. Selain itu, Mong Chin turut dibawa ke pasar Tanjung untuk membeli bahan-bahan mentah yang kemudiannya digunakan untuk kelas masakan tradisional Indonesia.

6. Filipina (Cebu)
Pengembaraan Mong Chin diteruskan di Filipina. Di sana, beliau menyertai acara larian Spartan Sprint yang merupakan sebahagian daripada Spartan Race Cebu 2018. Beliau perlu berdepan beberapa cabaran seperti memanjat dan merangkak melintasi api, lumpur dan pagar besi untuk menghabiskan larian ini. Bagi meraikan kejayaannya, Mong Chin menjamu selera di Larsian Sa Fuente, sebuah jalan di Cebu yang terkenal dengan pelbagai pilihan hidangan BBQ yang menyelerakan.

Tontonilah WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN unuk mengenali lebih lanjut tentang budaya Asia Tenggara dan lihat Mong Chin beraksi pada 23 Julai, setiap hari Isnin, 9.30malam di LIFETIME Asia (Saluran Astro 709).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *