SITI SARAH TEROKAI GENRE BARU DENGAN "DAP...DAP...DAP"



Tampil dengan genre yang lebih segar, Siti Sarah, 35, menghadiahkan single terbaharu berjudul “Dap…Dap…Dap” yang sudah boleh di dengar di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox dan juga YouTube pada awal tahun 2020.

Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh komposer dan juga penulis lirik muda, Yonnyboii. Memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Yonnyboii, Siti Sarah hanya mengambil masa 2 jam untuk merakamkan lagu ini di MassMusic Studio, Petaling Jaya dan mengakui senang bekerjasama dengan komposer muda ini.

Teruja dengan lagu yang berentak begini, Siti Sarah juga skeptikal dengan penerimaan umum. Ini merupakan sesuatu yang baharu buat dirinya dan berharap Lagu ini diterima oleh semua.


Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA