COVID-19: SARANAN FARMASI ALPRO TENTANG UBAT ‘IVERMECTIN’

 

Kumpulan Farmasi Alpro sedia maklum tentang laporan media dan perbincangan yang tular di media sosial mengenai penggunaan ubat parasit, Ivermectin dalam rawatan Covid-19 di Malaysia. 

Kenyataan media ini disiarkan kerana terdapat banyak pertanyaan yang diajukan kepada pihak Kumpulan Farmasi Alpro dan kemusykilan di kalangan masyarakat tentang keberkesanan Ivermectin dalam rawatan Covid-19. 

Sehingga kini, tiada penggunaan Ivermectin ke atas manusia yang dibenarkan dan didaftar di Malaysia. Penggunaan Ivermectin hanya dibenarkan untuk haiwan sahaja di Malaysia. 

Sebagai farmasi komuniti dengan pendispensan preskripsi yang terbanyak di Malaysia, Alpro telah mengenal pasti betapa bahayanya penyalahgunaan Ivermectin di kalangan masyarakat tanpa khidmat nasihat daripada doktor ataupun ahli farmasi. 

Penggunaan Ivermectin yang tidak betul boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius seperti alahan, pening, sawan, koma dan kematian juga. Sebarang informasi berkenaan keberkesanan penggunaan Ivermectin harus mendapatkan validasi yang sepatutnya. 

Farmasi Alpro juga menasihatkan komuniti Malaysia untuk merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun Pertubuhan Kesihatan Dunia untuk sebarang informasi berkenaan dengan pengunaan Ivermectin ataupun sebarang ubat yang lain untuk rawatan Covid-19. 

Sehingga kini, pentadbiran makanan dan dadah (FDA) di Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang kelulusan untuk penggunaan Ivermectin dalam rawatan Covid-19 di kalangan masyarakat. 

Malah, kajian atas keselamatan penggunaan Ivermectin sedang dijalankan dengan terperinci di bawah pemantauan pakar perubatan dan para penyelidik. Keberkesanan Ivermectin dalam menghentikan replica virus SARS-CoV-2 dalam pesakit Covid-19 sehingga kini masih di dalam tahap penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Oleh hal yang demikian, Farmasi Alpro ingin menegaskan bahawa Ivermectin tidak seharusnya disalahgunakan di khalayak ramai tanpa khidmat nasihat daripada doktor ataupun ahli farmasi anda. 

Puan Lim En Ni, Ketua Pegawai Farmasi & Pengarah Perhubungan Pelanggan, Kumpulan Farmasi Alpro 

Untuk sebarang ketidakpastian, orang ramai dialukan untuk mendapatkan nasihat pakar secara percuma di mana-mana cawangan Farmasi Alpro yang terdekat atau berhubung menerusi talian WhatsApp e-farmasi Alpro di 019-7021923. 

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA