INOVASI TERBARU SHOKUBUTSU UNTUK PERLINDUNGAN ANDA!

(Dari kiri) Floral Bloom (Moisture Fresh range), Complete Care (Natural Protection range), Orange Zest (Clean Fresh range)

Tidak kira sama ada anda mencari pembersih badan yang menyegarkan dan melembapkan badan atau dengan formula anti-bakteria yang diperbuat daripada bahan tumbuhan semula jadi, inovasi terkini daripada Shokubutsu pasti dapat melindungi kulit anda! 

Sebagai jenama cecair pembersih badan yang terkemuka, Shokubutsu kini berada di pasaran dengan reka bentuk botol baharu yang unik dan terdiri daripada bahan-bahan dan kelikatan yang dipertingkatkan. Jenama ini turut memperkenalkan rangkaian produk anti-bakteria baharu untuk individu dan keluarga yang mahukan perlindungan anti-bakteria semula jadi atau yang berasaskan tumbuhan.

Shokubutsu, yang membawa maksud “kisah tumbuhan” dalam bahasa Jepun, adalah pembersih badan yang dirumuskan di Jepun dan diperbuat daripada 100% bahan pembersih yang berasal daripada tumbuhan. Diilhamkan oleh amalan mandian tradisional, setiap produk Shokubutsu dihasilkan untuk memberikan cara penjagaan kulit dan kesejahteraan secara semula jadi seperti di negara Jepun.

Menurut En. Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., reka bentuk botol baharu Pembersih Badan Shokubutsu mendapat inspirasi daripada bekas air ki-oke, yang merupakan ciri istimewa onsen Jepun yang secara tradisional digunakan untuk menyimpan air panas. “Reka bentuk botol yang baharu mencerminkan aspirasi kami untuk memberikan pengalaman mandi onsen Jepun di rumah mereka sendiri dengan menggunakan pembersih badan yang memberikan manfaat pembersihan yang sempurna,” katanya.

“Bagi membantu pengguna memilih cecair pembersih badan kegemaran mereka daripada pelbagai pilihan yang kami sediakan, label produk kami direka dengan warna yang jelas dan mudah untuk dikenali. Bagi memudahkan mereka yang kurang upaya dalam penglihatan, semua botol baharu kami dilengkapi dengan kod Braille supaya mudah dikenali,” tambahnya lagi.

Rangkaian Shokubutsu Fresh Body Wash

Selain daripada penampilan baharu, Shokubutsu Fresh Body Wash juga merupakan jualan terbaik jenama ini dan kini dipertingkatkan lagi. Varian Clean Fresh kini diperkaya dengan 100% ekstrak protein beras organik, serta asid-asid amino dan vitamin E untuk menyerlahkan semula keserian kulit secara semula jadi. Haruman cecair pembersih badan yang menyegarkan serta tahan lama dapat menenangkan anda dan menghilangkan rasa keletihan setiap kali anda mandi. Varian Moisture Fresh mengandungi bahan yang sama dan ditambah dengan Minyak Zaitun bagi memberikan khasiat tambahan dan memberi kelembapan untuk kulit yang berseri. Haruman bunga varian ini menenangkan badan dan minda untuk pengalaman mandi yang mewah.

Ketika kulit anda diliputi buih-buih pembersih yang mewah daripada varian Shokubutsu Fresh, nikmatilah perasaan seolah-olah dikelilingi oleh alam semula jadi dengan teknologi milik Shokubutsu “Living Fragrance Technology”. Ia memberikan suasana haruman bunga seolah-olah baru dipetik dari taman bunga dan meninggalkan bau wangi yang kekal pada kulit yang lembut sepanjang hari.

Rangkaian Shokubutsu Fresh Body Wash boleh didapati dalam 5 varian dengan ekstrak tumbuhan yang unik: Orange Zest, Sakura Whitening, Green Fresh, Floral Bloom dan Iris Bliss.

Rangkaian Shokubutsu Natural Protection Body Wash

Memandangkan peningkatan permintaan bagi penjagaan mandian yang melindungi badan akibat pandemik COVID-19, Shokubutsu memperkenalkan rangkaian Natural Protection Body Wash serba baharu dalam reka bentuk botol yang terkini. Dirumuskan untuk melindungi anda daripada 99.9% kuman dengan bahan anti-bakteria semula jadi, cecair pembersih badan yang diuji secara dermatologi ini sesuai untuk semua jenis kulit berupaya menghapuskan kuman secara berkesan tanpa mengganggu mikrobiome kulit – ekosistem kendalian sendiri yang melindungi flora baik dan mencegah serangan bakteria atau kuman.

Bahan utama Shokubutsu Natural Protection Body Wash termasuk:
  • 100% minyak shiso organik, yang diekstrak daripada benih pokok shiso, sejenis herba yang terkenal di Jepun. Kaya dengan asid lemak omega-3, minyak shiso melembap dan memulihkan sel kulit, melindungi kulit daripada kerosakan luar melalui kuasa antioksida minyak ini.
  • Prebiotik Tumbuhan, yang membantu menambah mikrob kulit yang sihat, mengimbangi mikroflora dan menambah baik keadaan kulit.
  • Gliserin tumbuhan, yang membantu mengekalkan kelembapan kulit selepas setiap mandian.
Rangkaian Shokubutsu Natural Protection Body Wash didapati dalam 4 variasi, Complete Care (dengan Eucalyptus), Refresh & Go (dengan Tea Tree), Energize (dengan Yuzu) dan Aqua Cool (dengan Peppermint & Menthol). Menurut tinjauan Try and Review pengguna-pengguna dalam talian, rangkaian Natural Protection itu diuji di kalangan lebih 200 pengguna dan 9 daripada 10 ibu bersetuju bahawa rangkaian Shokubutsu Natural Protection lembut untuk kulit dan memberikan ketenangan fikiran kepada mereka, kerana ia melindungi keluarga daripada kuman secara semula jadi.

Semua produk Shokubutsu Fresh Body Wash dan Natural Protection Body Wash adalah bebas daripada paraben, pewarna sintetik dan mikroplastik.

Rangkaian produk Shokubutsu Fresh Body Wash dan Natural Protection Body Wash kini boleh didapati di pasar raya dan farmasi terpilih. Anda juga boleh membuat pembelian secara dalam talian dengan penghantaran ke rumah anda menerusi Lazada atau Shopee.

Ikuti Shokubutsu di Facebook atau Instagram untuk mendapatkan maklumat dan promosi yang terkini!

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!