'MEMORI TERCIPTA' OLEH KAMIL KAFLEE - BUKAN SEKADAR LAGU CINTA CLICHÉ


Nama sebenar Ahmad Rashid Mukamil Bin Zulkafli atau mesra disapa sebagai Kamil Kaflee. Beliau dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan. Minat menyanyi telah lama wujud dalam diri Kamil sejak kecil lagi, malah disokong rapat oleh keluarga terutama ayahnya yang juga boleh bermain alatan musik.

Selain itu, komposer Haron Ahmad yang juga merupakan bapa saudaranya adalah antara orang yang banyak memberi inspirasi kepada beliau untuk lebih berusaha didalam bidang nyanyian ini. 

Beliau juga banyak menyertai pertandingan nyanyian di beberapa buah negeri dan rancangan televisyen realiti di Malaysia. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian, beliau berharap dapat melebarkan lagi sayapnya melalui lagu Memori Tercipta serta mendapat sambutan dihati peminat. 

Lagu “Memori Tercipta” bukan sekadar lagu cinta cliché tetapi berkisarkan tentang pasangan bercinta yang telah menjalinkan hubungan bahagia. Namun, semuanya berubah apabila Si Wanita menjalinkan hubungan bersama lelaki lain. Setelah diberi peluang beberapa kali, Si Wanita masih tidak berubah dan tidak menghargai pengorbanan Si Lelaki lalu Si Wanita tersebut meminta untuk memutuskan hubungan tanpa rasa bersalah. Si Lelaki sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung sakitnya dikhianati berkali-kali dan terpaksa melepaskan hubungan yang sudah lama terjalin tanpa kerelaan. Seterusnya, Si Lelaki telah memilih untuk membawa diri dan menjadikan semua kenangan tersebut sebagai sebuah memori yang tercipta. 

Lagu “Memori Tercipta” – Kamil Kaflee, Komposer Haikal Azman dan ditulis oleh Raynas sepenuhnya berdasarkan pengalaman sebenar yang dialami oleh seorang sahabat beliau.

Lagu ini boleh didapati di semua platform digital muzik dan streaming seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, dan juga Apple Music. Diharapkan lagu ini boleh mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada pihak media. Terus menyokong Kamil Kaflee untuk terus mewarnai industri muzik di Malaysia.


Ikuti perkembangan terkini Kamil Kaflee di

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA