SHOKUBUTSU NATURAL PROTECTION MELINDUNGI KULIT DARIPADA KUMAN DAN MEMBANTU MENGIMBANGI MIKROBIOM KULIT


Shokubutsu -- jenama di sebalik produk pembersih kulit berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan – menyeru warga Malaysia akan kepentingan menjaga kebersihan tangan dan kesihatan kulit dengan Shokubutsu Natural Protection Hand Wash, sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia yang jatuh setiap tahun pada 5 Mei.


Dirumus khas untuk menghapuskan 99.9% kuman dengan bahan antibakteria semula jadi, Shokubutsu Natural Protection Hand Wash dengan 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan, memberikan perlindungan semula jadi dan melindungi kulit daripada kuman serta membantu mengimbangi mikrobiom kulit -- ekosistem berkawalan kendiri yang melindungi flora yang baik untuk mencegah serangan bakteria atau kuman bahaya. Yakni, mengekalkan kesihatan kulit walaupun dengan pencucian yang kerap. Ia juga diuji secara dermatologi dan didapati sesuai untuk semua jenis kulit.

Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd

Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, menekankan kepentingan menjaga kebersihan tangan bersama dengan kesihatan kulit: “Warga Malaysia mengambil berat akan kebersihan, kian menjadi lebih selektif dalam memilih produk yang kita gunakan setiap hari, termasuk pembersih tangan dan badan. Walaupun perlindungan kuman kekal sebagai keutamaan nombor satu kami, ramuan produk juga menjadi pertimbangan penting, terutamanya bagi ibu yang menjaga kesihatan keluarga mereka termasuk kesihatan kulit.

Walaupun Malaysia memasuki fasa endemik, kepentingan mencuci tangan secara kerap tidak boleh diabaikan kerana langkah ini adalah salah satu tindakan paling berkesan yang boleh anda ambil untuk membantu mengurangkan penyebaran patogen dan mencegah jangkitan, termasuk virus COVID-19. Di Shokubutsu, kami memahami bahawa perlindungan mesti datang secara menyeluruh, itulah sebabnya kami menawarkan Natural Protection Hand Wash untuk melengkapkan rangkaian pembersih badan kami.”

Selain menawarkan produk pembersih tangan yang berkesan dan selamat, Shokubutsu bekerjasama dengan institusi dan pengamal penjagaan kesihatan untuk mendidik orang ramai tentang pengetahuan dalam mengimbangi kebersihan tangan dan kesihatan kulit melalui siri siaran langsung di media sosial, di mana peserta boleh menerima nasihat pakar dermatologi tentang kepentingan mencuci tangan sambil mengekalkan keseimbangan mikrobiom kulit.

Pakar dermatologi Dr. Goh Siew Wen

Pakar dermatologi Dr. Goh Siew Wen menegaskan bahawa walaupun menjaga kebersihan tangan dan badan adalah sebahagian daripada rutin harian kita, kita juga harus memberi perhatian dalam memilih produk yang melindungi mikrobiom kulit. “Kulit kita ialah hos kepada berjuta-juta bakteria, kulat dan virus. Sama seperti dalam usus kita, mikro-organisma ini memainkan peranan penting dalam melindungi daripada patogen yang bahaya. Sebagai manusia, sebahagian besar kehidupan kita melibatkan sentuhan – ini memudahkan pertukaran mikroorganisma (baik dan buruk) antara persekitaran dan badan, dan juga antara manusia dan masyarakat,” katanya.

“Banyak kajian telah menunjukkan manfaat membersihkan tangan dalam mengurangkan bakteria patogen pada tangan kita, sekali gus mengurangkan kadar jangkitan dalam pelbagai keadaan. Memilih jenis pembersih tangan dan badan yang betul membantu memberikan perlindungan maksimum. Pada masa yang sama, penambahan prebiotik tumbuhan menyokong pertumbuhan dan aktiviti bakteria baik untuk mikrobiom kulit yang sihat. Inulin, sebagai contoh, yang merupakan prebiotik berasaskan tumbuhan yang kuat. Apabila ia ada, mikrobiom kulit boleh membina semula dengan lebih cepat untuk menangkis serangan bakteria berbahaya,” Dr. Goh tambah.


Shokubutsu Malaysia berkerjasama dengan Columbia Asia Hospital untuk mengadakan sesi siaran langsung Facebook mengenai topik Kebersihan Tangan & Kesihatan Kulit. Ikuti nasihat daripada Dr. Goh mengenai topik tersebut dan melayari halaman Facebook Shokubutsu untuk mendapatkan butiran lanjut.

“Falsafah syarikat kami, life.love menzahirkan keazaman kami untuk menyumbang kepada detik-detik penting yang dikongsi oleh orang ramai dalam hidup mereka. Berpegang kepada falsafah ini, misi Southern Lion adalah untuk mewujudkan masyarakat yang lebih mampan melalui amalan yang lebih baik. Oleh itu, kami berharap produk pembersih tangan dan badan Shokubutsu kami serta sesi pendidikan secara langsung dapat membantu rakyat Malaysia membina amalan kebersihan yang baik untuk masa yang sihat dan gembira bersama!” tambah Mabuchi.

“Saya sentiasa teliti dalam memilih pembersih badan yang sesuai untuk seisi keluarga saya kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya untuk memastikan mereka selamat dan sihat, itulah sebab mengapa saya memilih pembersih badan Shokubutsu Natural Protection yang membasmi 99.9% kuman manakala mengekalkan keseimbangan mikrobiom kulit. Saya sangat teruja mereka turut menawarkan pembersih tangan Natural Protection, jadi saya tidak perlu risau akan keluarga saya kerap mencuci tangan dan mengganggu mikrobiom kulit mereka, sekali gus melindungi mereka secara semula jadi.” kata Syafiera Yamin, seorang pengguna pencuci badan Shokubutsu Natural Protection.


Shokubutsu Natural Protection Hand Wash boleh didapati dalam dua varian, Soothing Fresh (dengan Tea Tree) dan Protect (dengan Eucalyptus), terdiri dalam dua saiz yang mudah didapati iaitu dalam bentuk botol 450g (RM10.90) dan pek isian semula 300g (RM6.20).

Shokubutsu Natural Protection Hand Wash dan Body Wash boleh didapati di pasar raya utama, pasar raya besar dan farmasi terpilih di seluruh negara. Beli dalam talian dengan penghantaran depan pintu melalui Lazada atau Shopee! https://bit.ly/ShokubutsuNaturalProtectionShopee

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi terkini, layari laman Facebook dan Instagram rasmi Shokubutsu.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI